* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Saturday 24 December 2011

Lawatan YB Dato' Seri Nazri Abdul Aziz ke Edinburgh

Salam, kepada semua pelajar tajaan MARA, saya kepilkan email daripada Penolong Pengarah MARA UK, dijemput hadir:

" Assalamualaikum saudara/saudari,

Adalah dimaklumkan bahawa YB Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan satu perjumpaan dgn pelajar2 Malaysia yang berada di Edinburgh seperti ketetapan berikut :
...
Tarikh : 31 Disember 2011 (Sabtu)
Masa : 5pm - 7pm
Tempat : Mosque Kitchen Edinburgh, 33 Nicolson Street, Edinburgh EH8 9BX
Program : Perjumpaan & Makan Malam

Sehubungan dengan itu, pelajar2 tajaan MARA dijemput menghadiri perjumpaan & makan malam tersebut. Saudara/saudari juga diminta untuk hadir tepat pada masa yang ditetapkan. Mohon dipanjangkan makluman ini kepada pelajar-pelajar tajaan MARA yang lain di Edinburgh & Heriot Watt.

Sekian, harap maklum.


Mohd Syahidin Bin Mohd Arifin
Penolong Pengarah
b/p Pengarah
MARA United Kingdom

Jemputan dari Malaysian Students Community of Leeds

Friday 16 December 2011

Sesi Fotografi Sekolah Malaysia Edinburgh

Assalamualaikkum wbt,

Insyallah....sessi persekolahan anak-anak tahun 2011 akan berakhir dan minggu ini merupakan minggu terkakhir sebelum cuti Krismas dan tahun baru 2012. Dijemput semua warga EMSA family untuk hadir beramai-ramai membawa anak-anak bagi memeriahkan sesi fotografi sekolah Malaysia Edinburgh. Sila bawa snek dan minuman masing-masing untuk sesi terakhir ini dan sessi akan datang..

Dalam pada itu juga dijemput ibubapa untuk meninjau perjalanan Sekolah Malaysia dan melihat segala hasil karya anak-anak yang telah difailkan sepanjang 2011 untuk rujukan semasa.

Tarikh: 17 Dec 2011 (Sabtu)
Masa: Tepat 1200pm
Tempat: Kelas Liberton High School


ZaiNuri Mohamed
Pengetua Sekolah Malaysia 2011/12

Sunday 11 December 2011

Pendaftaran Pengundi Pos di UK

Assalamualaikum wbt,

Bagi sesiapa yang ingin menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pos, diminta layari link dibawah. Pendaftaran sebagai pengundi pos kini boleh dibuat di Malaysia Hicom London sahaja :

          http://www.masduke.net/v3/index.php?fn_page=2

Tuan/puan perlu membawa bersama surat pengesahan sebagai pelajar sepenuh masa (Full-time student) dari universiti masing-masing.

Sekian terima kasih

ZaiNuri Mohamed
Penghulu Emsa Family 2011/12

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin



Alhamdulillah, usai sudah majlis bacaan yasin dan solat hajat beramai-ramai. Moga-moga amalan solat hajat tetap diteruskan dan moga-moga amalan kita diterima. Semoga dapat menjawab exam dengan baik bagi yang bakal mengambil exam dan dalam segala macam perkara. Taqabbalallahuminna waminkum.

Wakil Undergrade
Adik Amin Rukaini Mustafa

Friday 9 December 2011

Sesi Fotografi Sekolah Malaysia Edinburgh

Assalamualaikum wbt,

Sekolah Malaysia Edinburgh ingin mengadakan sessi fotografi berkumpulan untuk diabadikan selepas pulang ke tanahair nanti. Memandangkan SME hanya mempunyai dua kelas, ianya mengambil masa yang singkat (15-20minit) untuk membuat persiapan dan susun atur pelajar-pelajar. Seorang Jurugambar professional telah dikenal pasti untuk menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi dan segala hasil pengambaran boleh ditempah dan sumbangan akan masukan semula ke tabung Sekolah Malaysia Edinburgh. Sessi pengambaran dijadualkan seperti berikut:

Tarikh: 17 Dec 2011 (Sabtu)

Masa: Selepas sesi Sekolah Msia- 1030-1200pm
Tempat: Kelas Liberton High School


Anak-anak diminta berpakaian kemas dan sesi pengambaran akan bergantung kepada keadaan cuaca dan akan dimaklumkan jika tidak bersesuaian. Saya ingin menjemput semua warga EMSA family yang mempunyai anak-anak untuk menyertai sessi fotografi ini sambil menyumbang kepada kesinambungan dan perjalanan Sekolah Msia Edinburgh


Sekian terima kasih

ZaiNuri Mohamed

Wednesday 7 December 2011

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin

Assalamualaikum wbt,

Dijemput semua ahli EMSA familydan pelajar undergrad muslimin muslimat yang berkelapangan untuk hadir bagi memohon dipermudahkan oleh Allah swt untuk menghadapi musim peperiksaan tidak lama lagi. Solat hajat dan bacaan yassin akan diadakan seperti butiran berikut:

Tempat: Surau King Building University Edinburgh
Masa: 5pm
Tarikh: Sabtu 10 Dec 2011

Insyallah majlis ini akan diterajui oleh Ustaz Mushadad yang akan mengimamkan solat hajat & doa. Kepada sesiapa yang sudi untuk membawa makanan atau kuih muih sebagai jamuan ringan amatlah dialu-alukan. Sila sebarkan dan war-warkan kepada semua pelajar muslimin dan  muslimat lain(undergrad, master, postgrad) untuk sama-sama memohon kepada Allah swt.

Sekian terima kasih

Zainuri
Penghulu Emsa-Family 2011/12

Penghargaan dari Keluarga Roslan

Assalamualaikum semua rakan rakan di edinburgh.

Kami sekeluarga sudah selamat sampai di Malaysia pada 2 hb 12. Sekarang ni kami berada di Kuantan. Saya telah pun menyambung tugas di UIAM Kuantan, di Kulliyyah Perubatan.

Kami sekeluarga ingin mengucapkan ucapan terima kasih yg tak terhingga kepada semua rakan yg telah byk membantu kami semasa kami baru sampai di edinburgh sampai la kapan waktunya kami pulang kembali ke tanah air. Hanya Allah Ta`ala sahaja yg dpt membalas jasa baik rakan2 semua.

Masih lagi mencari rumah utk di diami. Kalau ada sahabat2 yg nak mai Kuantan , roger la saya. Bleh lepak kt umah.(bila dh ada nanti).

Sekian, Wassalam.

Roslan

Tuesday 6 December 2011

Kuliah online : Stress



[Info Program hari ini, 6/12/2011 (Selasa), 11 Muharram, 9:00 mlm] meneruskan program bulan Hijrah, Nur Ramadhan membawakan kepada anda dengan kerjasama MISG ABIM UK EIRE, 4 slot Siri Motivasi 'Stress' & Psikologi bersama Prof Dr Norzuraida Zainal, Cambridge yang kini sedang dalam cuti sabatikal di UK. Slot pertama, mengenal Stress akan bersama dengan kita malam ini jam 9:00 malam. Maklumat lanjut: http://www.nurramadhan.net/2011/11/stress-tekanan-perasaan-bagaimana-mengatasinya/#.Tt5DerIr27s

Monday 5 December 2011

Fadhilat Puasa Hari 'Asyura

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)


Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".

(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).


NUKILAN : USTAD SOBRI

Kelebihan Puasa 9 dan 10 Muharram

Kelebihan Puasa 9 & 10 Muharram
Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)

Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.

(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).

Kuliah Online Bersiri (KHUF : PEMAKAIAN DAN HUKUMYA)



‎[Info Prog Isnin, 5/12 @ 10 Muharram]


Persoalan Khuf: Pemakaian dan Hukumnya

Bersama Ustaz Amir Yusuf jam 9:15 

dalam slot FIQH TRAVELLERS Nur Ramadhan.

Sunday 4 December 2011

Penghargaan dr Ustad Fakhruzzaman

Assalamualaikum,


Alhamdulillah kami sekeluarga dah selamat sampai di Kuantan pada hari jumaat jam 7 malam...gembira sampai ketanahair namun juga sedih berpisah dengan rakan2 dan meninggalkan Edinburgh yang damai....dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kepada sahabat EMSA family yang banyak membantu ketika kami sampai Edinburgh sampailah kami pulang. Semoga Allah membalas dengan limpah rahmatnya . Juga kepada rakan2 yang masih meneruskan perjuangan diucapkan selamat berjuang.
InsyaAllah kami akan menetap di Kuantan.

Contact no dan adress akan saya beritahu kemudian,InsyaAllah.

Terima kasih.
Fakhruzzaman,Nor Asilah,Farhan Fahmi Iman dan Imran.
 

Wednesday 30 November 2011

Donation for Adik Amirah Saryati


Amirah Saryati Muhamad Amin, currently a 4th year MSU student in International Medical School Bangalore, India had a hip dislocation problem (congenital coxa vara) since she was an infant. Her health condition now though got worst and she is in serious need for surgery for hip replacement.

Her detailed medical condition is explained thoroughly in this site

The needs for Amirah's treatment are as follows:

- Financially, grossly she needs Rm24,000 per hip prosthesis, not including anaesthesia, surgeon, hospital stay fee, etc., while she needs both hip surgery done, so you multiply the gross fee into two(2).
- In the meanwhile, her family is working out to sort for fund too. Let's help reduce their burden, and most importantly, fastened the treatment and healing process!
- She need spiritual and prayers for safety from all of us,too. She need motivations to continue on with studies, don't think MBBS plus as dai'e rabbani is anything but easy. Do spread the words to ease our friend's struggle.

For those from UK, your donation can be send to :

Name: Athirah Farhana Muhammad Amin ( Amirah Saryati's younger sister in Sheffield, UK )
Acc number: 08529460
Sort-code: 77-74-35
Reference: amirahsaryati

or
Amirah Saryati's paypal:
amirah.saryati@yahoo.com

Maybe a small donation from you can make a huge difference for her life. The donation will be closed on 31st December 2011. Please click Facebook 'Total Hip Replacement for Amirah Saryati' for further info.

Thursday 24 November 2011

Graduate Teaching Assistants scheme at City Univ of Hong Kong

This is a new and innovative scheme that could be of interest to your PhD students (to come as visiting student) or recent PhD graduates (as postdoc). Only those fluent in English will be considered as this scheme requires them to undertake some language support duties to help some of the undergraduate students.

The CityU International Transition Team Scheme: Graduate Teaching Assistants (ITT-GTA) aims to recruit graduate students from overseas on a short-term basis. These students will all be fluent speakers of English, who, as GTAs, can provide intensive support to help CityU students learn English through face-to-face contact, mentoring and tutoring. The Scheme also has the flexibility to include postdoctoral scholars and individuals who have completed a first degree from an overseas academic institution. 

The homepage of Systems Engineering and Engineering Department:

Pesanan Bekas Guru Sekolah Malaysia Edinburgh - Kak Ninie

لسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ 
Alhamdullillah dan Tahniah buat Adik Masyitah.. Tahniah juga buat kedua ibubapanya yg senantisa mendoakan dan memotivasikan anak.

Inilah tujuan asal Sekolah Malaysia.. Semasa penubuhannya ada ibu bapa yg kata anak2 mereka masih berbahasa Inggeris sesama mereka. Tetapi pada saya hanya di Sek Malaysia sahaja PEMBELAJARAN diadakan dlm BM. Sy sentiasa berpesan kepada ibubapa, x ckp x pe janji dia ada register BM dlm brain depa.. Apabila bersekolah di Malaysia Insya'Allah mana ayat2 atau perkataan2 yg dah diregister dlm brain akan keluar semula.. And it all make sense pada anak itu..

Setakat ini الـحمداللـّÚ¾َ anak2 yang graduate Sek Malaysia Edinburgh mendapat keputusan yg cemerlang. Anak Dr Nasri mendapat 5A beberapa tahun yang lalu, dia pun baru sampai Msia semasa menduduki UPSR, anak Prof Hanafiah kedua2nya mendapat 4A 1B, anak Dr Emma juga 4A 1B rasanya. Mereka yg B maybe either Pemahaman atau Penulisan. Ramai lagi yg mendapat keputusan cemerlang cumanya saya dh lost track. Anak saya الـحمداللـّÚ¾َ lulus BM dia ituyg penting. Selalunya dia dpt E sahaja tetapi pd UPSR 2008 dia dpt C. Itu sudah cukup membanggakan saya. 

Jadi buat ibubapa yg masih ada di Edinburgh, tak rugi anda menghantar anak2 kita belajar di Sekolah Malaysia. الـحمداللـّÚ¾َ saya juga berterima kasih kepada Edinburgh Council kerana membenarkan kita menggunakan facilities di Liberton High School. Maaf kepada sesetengah keluarga sekiranya sekolah ini agak jauh dari kalian kerana kami yg memilih sekolah ini memandangkan ramai di antara kami tatkala itu duduk di sekitar EH16 :D. Dan juga ianya senang access.. Bus stop depan sekolah.

Selamat Maju Jaya Sek Malaysia Edinburgh. Tahniah guru2 di SME. Jasamu tetap dikenang oleh anak2 muridmu Insya'Allah. Dan kepada Ibubapa, support your children!!

K Niniee
Mantan Guru SME (2004)

Sunday 20 November 2011

Glasgow Winter Games 2011


Assalamualaikum

Jemputan daripada rakan di Glasgow. Glasgow Winter Games Sukan: Badminton, Ping Pong Tarikh Tutup pendaftaran: 25/11 Kalau berminat, boleh rujuk poster untuk maklumat lanjut. :) Majulah sukan untuk negara~

Daripada
Adik Karim

Tahniah adik Masyitah cemerlang dalam UPSR

Assalamualaikum wbt,

Ucapan tahniah buat Hj Zaihan sekeluarga kerana puteri beliau adik Masyitah telah berjaya mendapat keputusan 4A 1B dalam UPSR yang lalu. 

Apa yang membanggakan beliau anaknya mendapat A dalam bahasa melayu hasil daripada pengajaran guru2 sekolah Malaysia Edinburgh. Saya panjang email ini daripada beliau ucapan terima kasih & tahniah kepada pendidik2 sekolah Malaysia yang pernah, ataupun sedang berkhidmat.

Ini terbukti bahawa sekolah Malaysia Edinburgh masih lagi relevan & penting untuk perkembangan minda anak2 dari segi didikan agama & juga penguasaan bahasa Msia khasnya. Saya menyeru agar ibubapa terus memberi sokongan& menghantar anak2 ke SME untuk faedah dimasa hadapan.
Terima kasih

Zainuri
Penghulu EMSA-F 2011/12

Wednesday 16 November 2011

Program Global Leadership Outreach

INVITATION FROM AKEPT AND EDUCATION MALAYSIA UK & EIRE

Assalamualaikum WMWT,
Ketua Persatuan Pelajar United Kingdom,

Sukacita dimaklumkan bahawa Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Education Malaysia UK & Eire menjemput tuan/puan untuk menghadiri program berkenaan sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini. Sila maklumkan kembali kepada kami dengan kadar segera jumlah penyertaan dari persatuan masing-masing untuk tujuan pengurusan dan penginapan. Penginapan di MSD adalah terhad. Tempahan penginapan berbentuk prinsip "first come first serve" basis.

AMAR SIDQUE MOHD AMIN
URUSETIA PROGRAM GLOBAL LEADERSHIP OUTREACH
EDUCATION MALAYSIA UK & EIRE
30-34 QUEENSBOROUGH TERRACE
W2 3ST LONDON

GLOBAL LEADERSHIP OUTREACH
18 Nov 2011 Registration Accomodation at Malaysia Hall
Time After 2.00 pm until late
19 Nov 2011
Day 1
8.30 am Registration
9.00 am Opening Remarks
09.15 am Nation Building and Malaysian Transformation Agenda by Associate Prof Abdul Razak Ahmad
11.15 am The Roles of Religion in Nation Building By Mr. Mohd Erfino b. Johari, Special Officer to the Minister of Higher Education
12.30 pm Lunch Break
2.00 pm Government Transformation Plan / Economic Transformation Plan by Dr Zainal Abidin Sanusi
3.00 pm Group Work 1 – Digesting Transformation Agenda
4.30 pm Coffee Break
5.00 pm Group Work 2 – Leadership Issues
08.30 pm Dialogue with Speakers on Current Issues
10.30 pm End of the Day

20 Nov 2011
Day 2
Time Programme
9.00 am Malaysian Transformation Agenda: The Challenges from Higher Education Perspective Dr Zainal Abidin Sanusi
09.30am Lecture on Leadership in Reasearch & Innovation by Assoc Prof Dr Mohd Fadzil mohd Idris
10.00 am Coffee Break
10.30 am Group Work 3: Policy Making Simulation
12.30 pm Lunch Break
2.00pm Group Work 4: Presentation of Policy Making Simulation
3.00pm Group Discussion: Strategising Way Forward
4.30 pm Closing Remarks by Dr Zainal Abidin Sanusi

Monday 14 November 2011

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab UMNO Edinburgh

Assalamualaikum wbt,
Dengan segala hormatnya, saya ingin menjemput tuan/puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Umno Edinburgh tahun 2011 yang akan diadakan seperti maklumat di bawah:

Tarikh/Hari : 19 Nov 2011/Sabtu
Tempat : Mary Burton G 20, Heriot-Watt University

Untuk peta bangunan Mary Burton sila lihat bangunan no 16 melalui link di bawah:-

Masa dan atur cara mesyuarat akan dimaklumkan kemudian. Diharap semua ahli KUE dan AJK Sekolah Malaysia dapat melapangkan masa menghadiri AGM kaliini bagi membincangkan perancangan di masa depan.

Terima Kasih
Airianah Othman

Bantuan Angkat Barang

Assalamualaikum wbt.
Mintak laluan dari Ybhg. Tuan Penghulu, Tuan Naib Penghulu serta Para AJK Emsa Family sekalian.Pertama sekali, kami sekeluarga ingin menzahirkan syukur yg tak terhingga pada Tuhan yang Esa atas kejayaan isteri tercinta. Juga ucapan terima kasih pada semua yg telah sama2 mendoakan dan mengucapkan tahniah kepada kami sekeluarga.

Di kesempatan ini, saya ingin memohon jasa baik rakan2 yg jauh maupun yg dekat untuk bantuan keringat dan masa bagi sesi mengangkut barang kepunyaan kami ke dalam kontena pada:

Tarikh/hari : 18 November 2011 (Jumaat)
Masa : 9 pagi (yg bleh mai awai lagi pun, ok)
Tempat : 21/4, Castlebrae Glebe, EH16 4BD.

Diharap sesiapa yang ada kelapangan dapat datang untuk sesi tersebut. Sekian, Wassalam.
Roslan, Azwani dan En. Muaz aka baby jake.

Friday 11 November 2011

Edinburgh School Olympics project

Hello- we're EUSA Volunteering- your friendly student volunteering service based within the Student Union in Potterrow (www.eusa.ed.ac.uk/volunteering)

A pioneering Edinburgh based project is linking students from a variety of countries with schools as part of the City's Olympics programme but is desperately short of students from MALAYSIA!! If you're interested in sharing info about your country with 9 and 10 year olds from Edinburgh read on...

You'll be matched to a school for the project and plan with the class teacher what activities to deliver for example Comparative study of Scotland and the your country in areas such as global footprint, number of refugees, access to education ,Study of your country on areas such as language and literature, geography ,art, music,dance, food and exercise.Discussion about your country's athletes in the Olympics and Paralympics

You can start volunteering as soon as we get the police checks done, probably in January 2012.

What do I need to do if I’m interested?

You need to be resident here in Edinburgh between October 2011 and summer 2012. You need to have a Tier 4 visa. It would also be very helpful if you have a clear police check document from your own country (don't worry if you don't have this). We will also need to register you here with the Protecting Vulnerable Groups Scheme – please contact Alexandra.Knox@edinburgh.gov.uk to arrange this as soon as possible. She will get back to you with an appointment time to go in and get your PVG check sorted out.

You can also email volunteering@eusa.ed.ac.uk for more information.

Also, if this opportunity doesn't suit you we have a database with over 100 more available visit http://volunteering.eusa.ed.ac.uk to register and start browsing our list of volunteering ideas. We post all of our new volunteering opportunities and ideas on Facebook too: just search for EUSA Volunteering and click 'like' to stay updated.

Look forward to meeting you!!

Wednesday 9 November 2011

Kenangan Hari Raya Haji 1432H


Majlis Hari Raya Haji 1432H
Surau Kings' Building
Universiti of Edinburgh




Friday 4 November 2011

Update : Malaysian Immigration Mobile @ Glasgow

The High Commission of Malaysia, London will be organizing the Malaysian immigration mobile services as follows:

Date : 12 November 2011 (Saturday)

Time : 9.00 a.m – 2.00 p.m

Venue : Room M201, George Moore Building
Glasgow Caledonian University
Cowcaddens Road, Glasgow G40BA


Type of services :
i. Submission of birth registration; and
ii. Submission of passport renewal and first time application for new born baby.

All Malaysian citizens with valid long term UK visa/ permanent resident status are welcome to submit their application during the mobile services.

Requirements for birth registration, please refer to http://www.jimlondon.net/kon-birth.html

Requirements for passport renewal and first time application for new born baby, please refer to http://www.jimlondon.net/ppt_apply.html

Please ensure to submit complete application (original and photocopied as required) and provide exact cash payment for the relevant application.

Return postage special delivery envelope will be provided by the Malaysian Immigration with a charge £ 7.00. Please allow 3 - 4 weeks for processing and return delivery.

Kindly be informed that passport photo and photocopy facility will not be available during the mobile services. Please ensure to provide passport photographs that meet our specification http://www.jimlondon.net/photosample.html

Further enquiries on the Malaysian immigration mobile services, please contact:

Tel : 0207 919 0263/ 0207 919 0230/ 0207 919 0204
Email : jimlondon@btconnect.com or wanmohdkamal@btconnect.com

Thursday 3 November 2011

Terkini : Majlis Solat Sunat Hari Raya Haji dan Majlis Suai Kenal

Assalamualaikum wbt,

Berikut adalah pembahagian tugas gotong royong & menu yg istimewa bersempena raya Haji nanti:

Nuri/Azreen-Nasi
Nazli/Amalina - Nasi Beriani Pakistan
Zaki/Norsiah- Nasi Beriani
Izhar/Nurul - Nasi Bukhari
Jamal/Kak Gie- Nasi Pilau Mosque kitchen

Daging Kurma
>Ust Fakhruzzaman
>Rahmat
>Kamarul

Pajeri nenas/ acar buah
Ustaz Sobri
Nizam

Ayam Goreng Berempah/Marinated
>Zul
>Nazrin
>Nazir
>Mohd Firrdhaus

Daging Rendang
>Rosli-
>Abby
>Roslan
>Hakim

Kari/ Gulai Daging
>Kamil
>Marzuki
>Hafiz

Kuih-Muih
>Faisal
>Fairuz
>Khairul
>Bred

Buah-buahan Segar/Exotic
>Raja Syamir
>Izzat Zumairi
>Fazlan
>Ustaz Mushadad
>Zubir

Nama2 yang mungkin tercicir yang ada berdekatan boleh datang bersama2 memeriahkan majlis dengan membawa "potluck" masing2. Pembahagian bahan mentah (Beras,Ayam,Daging &DLL) akan dilakukan di Sekolah Malaysia Liberton pada hari 5 Nov Sabtu 10.00 -12.00 tgh hari. Sekolah Malaysia Edinburgh akan berlangsung seperti sediakala. Sebarang masalah berkenaan pengedaran bahan mentah boleh dimaklumkan untuk penghantaran.

Sebarang kemusykilan/ cadangan/pandangan/masalah boleh menghubungi saya & AJK.

Sekian terima kasih
Zainuri
Penghulu EMSA-F 2011/12

Tuesday 1 November 2011

Solat Sunat Hari Raya Haji 1432H dan Majlis Suaikenal


Assalamualaikum wbt,

Bersempena kedatangan 10 Zulhijjah tidak lama lagi (dijangka 6Nov-Ahad) EMSA family akan mengadakan solat sunat Hari Raya Aidiladha bersama2 seluruh warga muslimin & muslimat Malaysia. Berikut adalah butiran :-


Tarikh
6 Nov 2011
(Jika Hari Raya Aidiladha jatuh pada tarikh tersebut)

Masa
10.30 pagi

Tempat
Surau King Building University of Edinburgh
Tempat Letak kereta: Percuma


Khutbah hari raya akan disampaikan oleh Al-Fadhlil Ustaz Sobri Saad & bilal oleh Ustaz Fakhruzaman.
Selepas selesai sahaja solat sunat Hari raya Aidilfitri, EMSA family akan mengadakan jamuan hari raya & menu & tugasannya akan dimaklumkan kelak. Pada hari tersebut juga EMSA family mengalu-alukan kedatangan keluarga baru di Edinburgh & kita akan mengadakan sesi suai kenal untuk semua 6 keluarga tersebut.

Kepada sesiapa yang belum & ingin melakukan ibadah korban...sila maklumkan kepada saya atau ustaz Sobri untuk urusan selanjutnya.
Sekian terima kasih.
Zainuri
Penghulu EMSA-F 2011/12

Kenangan EMSA-F @ Malaysian Scottish Games




Barisan pemain handalan EMSA-F
(click to enlarge)

Assalamualaikum wbt,

Ucapan tahniah & syabas diucapkan kepada semua peserta untuk FUTSAL Team A & B, Pingpong & badminton. Walaupun pasukan futsal kalah tipis disaat2 akhir wisel, harapan tinggi sebelum perlawanan sebagai "favourite" memang menjadi penyuntik semangat. Selepas perlawanan...ramai yang bertanyakan..menang or kalah? Itu menunjukan EMSA family telah mencapai matlamatnya untuk menghabiskan kesemua perlawanan dengan jayanya tanpa kecederaan.....& semput...Hanya gambar sahaja yang dapat memberi seribu satu cerita pada hari tersebut.

Emsa family tidak pulang dengan tangan kosong dimana kita menjadi Johan & naib johan dalam pingpong & badminton:


Tahniah untuk:
1)Saudara Nazli- Johan pingpong Edinburgh
2)Saudara Faisal- Naib Johan badminton double Edinburgh

Jika tidak kerana kecederaan kaki, EMSA family ada dua Champion..tetapi saudara Faisal terpaksa memberi kemenangan "walk over" kepada lawan.

Tahniah juga kepada peniaga2 persendirian EMSA family yg menjual makanan yang sedap2 & harga yang berpatutan daripada gerai2 yang lain...Masakan EMSA family memang terbaik!! Ucapan juga diajukan kepada kelab penyokong ibu2 & anak2 yang memberi sokongan dari awal hingga akhir perlawanan.

Insyallah...Kita jumpa lagi tahun hadapan.
Zainuri
Penghulu EMSA-F 2011/12




Monday 31 October 2011

Hebahan : Hari Imigresen Mobile di Glasgow

Assalamualikum wrbt dan salam sejahtera.


Disini ingin dimaklumkan butiran Hari Imigresen Mobile Glasgow yang akan di adakan seperti butiran berikut:


Tarikh : 12 November 2011


Masa : 0900 - 1400


Tempat : Bilik M201, George Moore Building, Glasgow Caledonian University, Cowcaddens Road, Glasgow G40BA.



Tempahan gerai untuk jualan dibuka untuk semua usahawan dan peniaga yang berminat dengan kadaran caj sebanyak GBP 5 untuk satu lot gerai.


Untuk tempahan, sila hubungan Puan Siti Hawa di butiran telefon dan email di bawah:
Mobile : 07835992868


Diminta juga agar dihebahkan perkara ini keseluruh Scotland, mudahan mendapat sambutan dan memanfaatkan semua warga Malaysia di sini.


Link FB:


Dari, Komuniti Malaysia Glasgow.

Thursday 27 October 2011

Tekini : Malaysian Scottish Games 2011





Assalamualaikum wbt,

Khas buat peserta Msia Scottish Games (Futsal, badminton, Pingpong, Congkak) diminta hadirkan diri seawal 9am29Oct 2011 di Meadowbank sport center untuk acara sukan bermula.

Sekolah Msia edinburgh terpaksa ditunda memandangkan ramai golongan bapa2 yang terlibat dalam pertandingan futsal.

Sila rujuk lampiran untuk "rules & regulation" untuk setiap acara. Jadual untuk futsal akan saya emailkan nanti ataupun diberikan pada hari acara bermula. Berikut adalah senarai nama peserta yang terbabit seperti yang dimaklumkan kepada saya:

Futsal Team A
1)Zaki Annuar (Captain)
2)Ustaz Mushadad
3)Jamal
4)Ahmad Faiq
5)Faizi
6)Firrdhaus
7) Zubir

Futsal Team B
1) Ustaz Sobri saad (Captain)
2) Kamarul
3) Mohd Isnizam
4)Roslan
5)Hassrul
6)Zainuri
7)Ustaz Fakhruzaman

Badminton Men Single
1) Faisal Saad

Badminton Men Double
1)Faisal Saad
2)Steven Duffield

Pingpong
1) Hakim
2)Nazli

Congkak
1) Nurul

Anda dijemput beramai ramai untuk memberi sokongan & mengunjungi gerai2 yang dibuka oleh saudari Liza & rakan2 nanti.

Terima kasih
Zainuri
Penghulu EMSA-Family 2011/12

Wednesday 26 October 2011

Kuliah Online Bersiri (MUTIARA IMAM AL-GAZALI & IHYA' ULUMUDDIN))



Bersama dengan Ustaz Daud Norakit, Leeds dalam Siri Motivasi Rohani di Nur Ramadhan. Dalam siri ini Ustaz akan berbicara khusus merujuk kepada Kitab Ihya Ulumuddin dengan memulakan Siri Pertama ini, mengenali SIAPAKAH hujjatul Islam, Imam al-Ghazali. Bagaimana sejarah hidupnya, keperibadiannya dan lain-lain. Jangan lepaskan peluang ini.


Hanya klik link dibawah

Kuliah Online Bersiri (USUL HADITH)



Malaysian Community of Old Trafford (MCOT) dengan usahasama NUR RAMADHAN berbesar hati ingin menjemput seluruh warga Malaysia di UK dan Ireland untuk menyertai kuliah online bersiri kami yang bertajuk "Usul Hadith". Kuliah online ini akan diadakan secara bersiri, enam minggu berturut-turut pada setiap hari Khamis, bermula pada 27 Oktober 2011. Antara topik-topik yang akan dibentangkan adalah seperti berikut:

Setiap hari khamis 9pm dari 27 Oct hingga 2 Dec 2011

1. Definisi hadith dan sunnah
2. Kedudukan hadith dalam Islam
3. Sejarah pengumpulan dan pemeliharaan hadith
4. Jenis-jenis hadith
5. Hadith sahih dan Mukhtalaful hadith
6. Anti-hadith danAhlul-Quran

Secara langsung di saluran NUR RAMADHAN di

http://www.nurramadhan.net/watch-live/

Tuesday 25 October 2011

Team Futsal EMSA-F


Asalamualaikum wbt,

Setelah mengharungi pelbagai ujian & latihan intenssif, Ini adalah senarai nama yang bakal membawa cabaran EMSA family dalam pertandingan MSG-Futsal nanti. Datanglah beramai2 bagi memberi sokongan padu kepada pemain berkaliber dibawah ini:

Team A
1)Zaki Annuar (Captain)
2)Ustaz Mushadad
3)Jamal
4)Ahmad Faiq
5)Faizi
6)Firrdhaus
7) Zubir

Team B
1) Ustaz Sobri (Captain)
2) Kamarul
3) Mohd Isnizam
4)Roslan
5)Hassrul
6)Zainuri
7)Ustaz Fakhruzaman

p/s Jangan lupa membawa bekalan oksigen sekali.


Zainuri
Penghulu EMSA-F 2011/12

Malaysian Scottish Games 2011



Date

29 October 2011




Location

Meadowbank Sports Centre

(Hosted Commonwealth Games 1970)



Monday 24 October 2011

Ibadah Qurban 1432H

Assalamualaikum wbt,

Marilah sama-sama kita menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.Insyallah tidak lama lagi kita akan menyambut Hari raya Korban/haji yang disambut setiap tahun dalam bulan kalendar Islam 10 Zulhijjah. (Dijangka jatuh pada Ahad 6 November 2011)

Untuk maksud tersebut kepada saudara/saudari yang ingin melakukan ibadah korban, bolehlah menghubungi Ustaz Sobri & menyalurkan sumbangan ke akaun dibawah. Setakat hari ini ada seorang hamba Allah yang berhasrat untuk melakukan korban.


Bank : Bank of Scotland
Nama : Mrs Husniyati Roslan
Account no: 02498399
Sort code : 80-46-35



Bahagian Qurban
1. Tiap seekor kambing atau binatang sebayanya adalah untuk seorang sahaja.
2. Tiap seekor lembu atau binatang sebayanya adalah untuk 7 orang (7 bahagian).



Antara hikmah korban adalah:

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.




Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:

a) Menambah amal kebajikan

- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)


b) Sebagai penebus dosa

- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah: Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)


c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah

- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi AllahAzza Wajalla."


Kita tanya pada diri kita sendiri apakah pengorbanan yang paling besar yang telah kita lakukan di dalam hidup ini? Pengorbanan untuk diri sendiri? Pengorbanan untuk keluarga kita? Pengorbanan untuk agama, bangsa dan negara kita?

Semoga ibadah korban saudara saudari diberkati Allah swt.

Sekian terima kasih
Zainuri
Penghulu EMSA Family 2011/12