* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Friday 20 May 2011

Yuran Tahunan EMSA Family 2011/12


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Diharap seluruh warga EMSA Family berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tercinta. Untuk makluman semua saya & AJK baru EMSA Family telah pun menyusun aktiviti-aktiviti terkini yang bakal diadakan pada tahun 2011. Seperti yang saudara-saudari sedia maklum, kewangan EMSA Family kini sudah mengalami defisit dan tidak mencukupi bagi menjalankan sebarang aktiviti-aktiviti pada masa akan datang. Sebagai pembuka tirai tahun kewangan yang baru, saya mewakili seluruh AJK EMSA Family telah bersetuju menetapkan & mengekalkan yuran tahunan bagi sesi 2011/12 sebanyak GBP30 bagi setiap keluarga, untuk menjalankan aktiviti di masa hadapan.

Bagi mengekang daripada menghadapi masalah kewangan+kenaikan harga+inflasi, pihak AJK telah & akan mengedarkan DVD Ilmiah kuliah agama daripada Yg Berbahagia Ustaz Shamsuri yang mengandungi lebih daripada 40 Kuliah koleksi ceramah agama. Secara purata, setiap sesi kuliah agama berlangsung selama satu jam. Saudara/saudari boleh mendengar & mendapat manfaat daripada DVD ini di rumah atau semasa dalam kenderaan (bagi yang ada MP3 player format). Harga bagi setiap DVD ini adalah GBP10 & wang ini akan disalurkan semula ke dalam tabung EMSA Family untuk menjana semula kewangan semasa.

Untuk memudahkan urusan pembayaran pihak AJK EMSA Family berharap agar warga EMSA Family dapat membayar terus ke akaun bank EMSA Family yang diuruskan oleh Bendahari, Ustaz Sobri.

Maklumat berkenaan akaun bank tersebut adalah:
Akaun Bank EMSA Family : Bank of Scotland
Nama : Mrs Husniyati Roslan
No. Akaun: 02498399
Sort Code : 80-46-35

Setiap transaksi yang dibuat secara online hendaklah disertakan bersama maklumat berikut: (Contoh)
Nama/Keluarga: Zainuri & family
Jumlah: GBP 30 + GBP 10 DVD
Tarikh & Masa : 25 May 2011 (3.15 pm)
Tujuan: Yuran Tahunan EMSA Family/ Sumbangan+ DVD

Contoh maklumat di atas hendaklah dihantar sebaik sahaja transaksi bank berjaya dibuat ke email bendahari(Mercero78@yahoo.com) untuk dikemaskini. Adalah menjadi harapan saya agar saudara +saudari mendapat manfaat daripada DVD tersebut & menjadi bagi loncatan bagi saya & AJK untuk mengeluarkan lagi lain-lain DVD Ilmiah untuk seisi keluarga.

Sekian

Zainuri Mohamed

Monday 16 May 2011

Amanat Penghulu Sesi 2011/12

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Asalamualaikum w.b.t,

Pertama kali saya mengambil peluang ini untuk menzahirkan setinggi-tinggi rasa syukur kehadrat Allah s.w.t, kerana dengan limpah dan izinNya, maka sekali lagi kita berpeluang untuk terus hidup di atas muka bumi Allah dan seterusnya menunaikan satu tanggungjawab besar sebagai Khalifah Allah dimuka bumi ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada seluruh warga EMSA Family kerana memberi kepercayaan & amanah bagi menyambung kepimpinan daripada Saudara Zaki. InsyAllah dengan amanah yang diberikan, kami memohon kerjasama saudara/saudari untuk sama-sama menyumbang tenaga, semangat & apa jua yang terdaya ($$) untuk memantapkan lagi aktiviti-aktivit bagi mengeratkan lagi silaturahim EMSA ini. Berikut adalah butiran AJK yang baru dilantik:

Naib Penghulu: Kamarul Ariffin/07411057633/ Kanr801@yahoo.com
Bendahari: Ustaz Sobri Saad/07424005729/ Mercero78@yahoo.com
AJK 1: Mohamad Isnizam Bin Mat Alif aka Nizam/07828058250/ Perantauan@gmail.com
AJK 2: Noraliza bt Abdullah aka Liza/07901071908/ Rahina_77@yahoo.com


Adalah menjadi harapan saya agar saudara/saudari dapat memberikan komen & pendapat kepada kami untuk merancang aktiviti EMSA yang akan datang. InsyaAllah mesyuarat pertama kami bakal menyusul tidak lama lagi.

Sekian, Terima Kasih
Zainuri Mohamed
07407221385
Mirfan317@yahoo.com