* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Wednesday 22 September 2010

OPEN HOUSE-SESI KEDUA - Jom Makan...

Sabtu, 25 September 2010

Time: 1pm-4pm
Ahmad Hadinata, Dayang, Balqis & Sofia
Dr Ibrahim & Kak Ida

Venue:
3 Lorimer View, Juniper Green, EH14 5DL.
Phone:
07897271814/ 01314669458
Bus Info:
Bas dari city, Lothian Bus no 44 dan 45,
Hentian bas Lorimer Nursing Home
atau Juniper Green Church.


Time: 4ptg-7mlm.
Mohd Noorizhar Ismail & Nurul
Syed & Husna
Khairul & Yumn

Venue:
11, Baberton Mains Avenue
EH14 3EQ
Phone:
07939160103/ 01316241021
Menu Utama : Sup gear box & .... :-)


"Semua Warga EMSA dijemput Hadir"

Sama2lah kita memeriahkan Aidilfitri dengan kunjungan-mengunjung, bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturrahim sesama kita.


Thursday 9 September 2010

LATEST UPDATE : SOLAT SUNAT AIDILFITRI & ZIARAH

SESI SOLAT SUNAT AIDILFITRI 1431H

9.15 a.m : Takbir Raya
Tepat jam 9.30 a.m : Solat Sunat Aidilfitri dan Khutbah Raya
10.15a.m : Jamuan [Sdr. Rahimi n Keluarga]
10.40 a.m : Sesi Fotografi EMSA Family
10.50 a.m : Ziarah ke rumah-rumah warga EMSA Family
[Tentatif diawalkan bagi memberi laluan kepada jamuan makan di Surau King's Buildings]

SESI ZIARAH AIDILFITRI 1431H
Hari Raya Pertama (Jumaat)


- 11a.m - 3 p.m : Suhaili & Marzuki,
rumah Suhaili (6/3 Prestonfield Terrace, EH16 5EE)

- Loqman & Nur Salbiha
(22/3 Buccleuch St.reet, EH8 9JR)

- 4.00p.m -7.00 p.m : Faisal & Dazilah
36/8 Parkside Terrace, EH16 5XP

- 4.00p.m -6.00 p.m
Nurul&Nizam, Amalina & Nazli serta Rahmat&Liza
10/3 Summertrees court EH16 5TP [Bus: 3,3A,8,29]

- 5.00 pm onwards : Addy
2(2f2) Boroughloch Square, EH8 9NJ.

- 7.00 pm – 11.00 pm : Eby & Arianah
135/4 Craigmilllar castle avenue, EH16 4DN

Hari Raya Kedua (Sabtu)

- 12.00 pm-3.00 pm : Azman & Nor Idah
23 Sighthill Avenue, EH11 4QT [Bus 3, 25, 34, 35]

- 2.00 pm-4.00 pm : Jamal & Gie + Ridzuan & Ariffah
2/3 Carrick Knowe Avenue, EH12 7BX [Bus 1, 2, 22]

- 4.00 pm-7.00 pm : Nazrin & Ina + Zaihan & FFFFamily
56, Carrick Knowe Avenue, EH12 7BY.


Hari Raya Ketiga (Ahad)

- 12.00 noon-4.00 pm : Nik & Siti
8, Flat 4, Westburn Grove, EH14 2RY - Bus 33

- 2.00 pm onwards : Zaki & Norsiah (07588683904)
42-4 Rankin Drive.

-1.00 pm - 6.00 pm :
Fakhruzzaman & Asilah,Farhan, Fahmi, Iman, Imran
07963084784/07553013869
Flat 80,East Crosscauseway EH8 9HQ.


JAMUAN HARI RAYA EMSA Family &
Kelab UMNO Edinburgh (KUE) 2010


Untuk makluman, Jamuan Hari Raya KUE 2010 akan digabungkan bersama EMSA Family. Oleh itu, seluruh rakan taulan ; ahli-ahli KUE, EMSA dan EMSA Family, dijemput hadir memeriahkan lagi jamuan hari raya tersebut yang akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh dan masa : 18 September (Sabtu)
Jam : 12 t/hari hingga 4 petang
Lokasi : Chaplaincy Heriot Watt University

Jika terdapat sebarang perubahan, akan kami maklumkan kemudian.

Bersama-samalah kita memeriahkan sambutan hari raya Aidilfitri ini dengan kunjung mengunjung dan bermaaf-maafan sesama kita.

-Semua Dijemput Hadir-

Sekian,
SALAM AIDILFITRI 1431H, MAAF ZAHIR BATIN.
emsafamily2010/11

Saturday 4 September 2010

Salam Ramadhan dan Sambutan Eidulfitri 1431 EMSA Family

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Alhamdulillah, kita telah tiba ke penghujung Ramadhan dan semakin menghampiri bulan Syawal. Mudah-mudahan segala ibadah kita diterima oleh Allah dan yang lebih penting agar amalan ibadah kita juga berterusan untuk bulan-bulan yang lain.

Dengan waktu yang masih ada saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan yang masih belum membayar zakat fitrah agar segera melaksanakannya sebelum solat Eidulfitri di Hari Raya Pertama. Untuk sambutan Hari Raya Eidulfitri yang dijangka pada hari Khamis ataupun Jumaat depan, pihak EMSA Family ingin memaklumkan bahawa solat Hari Raya EMSA Family akan diadakan di Surau Kings Buildings pada pagi hari Raya pertama.

Butiran lanjut untuk Sambutan Hari Raya EMSA Family pada tahun ini adalah seperti berikut:

Sambutan Hari Raya Pertama Aidilfitri 1431 EMSA Family

Tarikh : ( 9/9/2101-Khamis @ 10 / 9 /2010-Jumaat)
Tempat: Surau Kings Buildings, University of Edinburgh

9.45-10.15 : Takbir Raya
10.20-11.00 : Sembahyang sunat Aidilfitri dan Khutbah Raya
10.05 : Sessi bergambar EMSA Family
11.10 : Ziarah ke rumah-rumah warga EMSA Family


Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431 EMSA Family dan Kelab UMNO Edinburgh

Tarikh : ( 18/9/2010- Sabtu)
Tempat: Chaplaincy Centre, Herriot Watt University
Masa : 11.30 pagi - 4.00 ptg

(Makluman lanjut berkenaan majlis ini akan dimaklumkan kemudian)

Dengan ini saya mewakili seluruh ahli kerja EMSA Family sesi2010-11 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga EMSA Family yang beragama Islam dan menyusun jari untuk memohon maaf zahir dan batin sekiranya terdapat silap dan salah.

Saya juga menjemput seluruh warga EMSA Family untuk turut sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya Pertama dan majlis jamuan sambutan bersama Hari Raya Aidilfitri yang akan dianjurkan oleh pihak EMSA Family dan KUE itu nanti.

Sekian

Zaki Annuar