* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Sekolah Malaysia


LAPORAN SEKOLAH MALAYSIA EDINBURGH (SME) SESI 2011-2012
  
KEPADA:

Edinburgh Malaysian Student Association (EMSA) Family 


DISEDIAKAN OLEH:

AJK EMSA FAMILY (Edinburgh Malaysian Student Association-Family)
_________________________________________________________________________________

Sejarah Penubuhan Sekolah Malaysia Edinburgh

Sekolah Malaysia Edinburgh ditubuhkan sekitar tahun 2002/2003 oleh Saudari Ninie. (Ninie@yahoo.com) Ianya berikutan sambutan yang menggalakan oleh anak-anak Malaysia yang hadir menjalankan aktiviti pengajian Al-Quran disalah sebuah rumah Ustaz terdahulu pada setiap hujung minggu. Beliau telah mendapatkan kebenaran daripada Edinburgh Local Council untuk menggunakan kemudahan kelas di Liberton High School sehingga ke hari ini.

 
  1. Laporan Aktiviti sesi 2011-2012

      Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada sesi 2011-2012 antaranya:

1)      Mengadakan sesi pengajaran Sekolah Malaysia setiap minggu (rujuk modul pengajaran)
2)      Lawatan sambil Belajar ke Safari Park Almond Valley Livingston

3)      Mengadakan pertandingan melukis/mewarna di Almond Valley Livingston

4)      Cultural Global week- Juniper Green Primary School- Persembahan kebudayaan Malaysia

5)      Pertandingan Hafazan

       Bilangan guru :
       Sepenuh masa                  : 2 orang
                       

       Bilangan murid :
            Kelas A  (bawah 5 tahun)       : 10 orang
            Kelas B  (5-8 tahun)                : 8 orang
            Kelas C  (8 tahun ke atas)       :  0 orang
            Jumlah keseluruhan                 : 18 orang

  
B.     Modul Pengajaran:

Kelas A
Memandangkan umur kanak-kanak yang masih muda maka Kelas A lebih banyak menumpukan kepada pembelajaran sambil bermain. Pembelajarannya meliputi :
a)      Pengenalan kepada huruf hijaiyyah tunggal dan berbaris satu di atas.
b)      Pengenalan kepada huruf ABC dan nombor
c)      Aktiviti kraf dan lukisan
d)     Nyanyian

Kelas B
Kelas B lebih menumpukan kepada aspek komunikasi dalam Bahasa Melayu dan mendalami Pendidikan Islam. Sukatan pelajarannya meliputi :
a)      Membaca, memahami dan membuat aktiviti bertulis dalam Bahasa Melayu  ( KSSR)
b)      Membaca buku Iqra’ 1-6 mengikut tahap individu
c)      Mendalami ilmu Pendidikan Islam (berdasarkan sukatan pelajaran KSSR)

Kelas C (Bergantung kepada kehadiran)
Murid-murid lebih ditekankan kepada tatabahasa Bahasa Melayu dan membetulkan bacaan al-Quran. Ia meliputi :
a)      Membuat karangan pendek
b)      Memahami tatabahasa seperti simpulan bahasa, ungkapan, pantun dan sebagainya
c)      Membetulkan bacaan al-Quran
d)     Menghafaz surah-surah pendek


C.    Cadangan SME sesi 2011/2012

Aktiviti yang dirancang untuk tahun ini :

Selain daripada kelas mingguan yang diadakan setiap hari Sabtu, kami pihak pengurusan Sekolah Malaysia telah merancang beberapa aktiviti untuk tahun ini seperti :
a)      Lawatan sambil belajar sekitar Edinburgh
b)      Sukaneka
c)      Fotografi bersama rakan Sekolah Malaysia
d)     Hari Anugerah Pelajar Cemerlang

Terdapat beberapa aktiviti tambahan bagi SME bagi sesi ini diantaranya mengadakan  Sukaneka bagi anak-anak murid Malaysia di Edinburgh, sesi fotografi dan  beberapa siri lawatan sambil belajar.










Sesi 2012-2013

Jadual Waktu


Kelas A (Pra Sekolah)

Masa
Subjek
1030-1130 am
Mengenal huruf Abjad dan Hijaiah serta kaedah Penulisan
1130-1200 pm
Mengenal nombor serta bentuk
1200-12.30 pm
Iqra”



Kelas B (Sekolah Rendah)

Minggu 1 dan 3

Masa
Subjek
1030-1130 am
Bahasa Melayu
1130-1200 pm
Pendidikan Islam
1200-12.30 pm
Bahasa Arab

Minggu 2 dan 4

Masa
Subjek
1030-1130 am
Bahasa Melayu
1130-1200 pm
Pendidikan Islam
1200-12.30 pm
Iqra”



Takwim

Bulan Jun – Bengkel Solat
Bulan Julai - Sukan Sekolah
Bulan Julai-Ogos – Cuti Sekolah
Bulan Julai –Ogos – Lawatan (sekiranya ada peruntukan)
Bulan Disember – Ujian
Bulan Februari – Sesi Fotografi
Bulan Mac – Hari Anugerah Pelajar


Buku Teks Bahasa Arab

1. Untuk mendapatkan soft copy buku teks bahasa arab untuk bahan rujukan anak-anak, ibu bapa bolehlah klik dan download link di bawah.

PDF Buku Teks Bahasa Arab (dalam format .rar berpassword)


2. Setelah download, extract file bahasa arab.rar tersebut ke lokasi yang dikehendaki. Untuk extract, masukkan password berikut:

Password: emsafamily

3. Ibu bapa diminta untuk print soft copy tersebut untuk digunakan sebagai bahan rujukan anak-anak.

No comments:

Post a Comment