* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Monday 31 October 2011

Hebahan : Hari Imigresen Mobile di Glasgow

Assalamualikum wrbt dan salam sejahtera.


Disini ingin dimaklumkan butiran Hari Imigresen Mobile Glasgow yang akan di adakan seperti butiran berikut:


Tarikh : 12 November 2011


Masa : 0900 - 1400


Tempat : Bilik M201, George Moore Building, Glasgow Caledonian University, Cowcaddens Road, Glasgow G40BA.



Tempahan gerai untuk jualan dibuka untuk semua usahawan dan peniaga yang berminat dengan kadaran caj sebanyak GBP 5 untuk satu lot gerai.


Untuk tempahan, sila hubungan Puan Siti Hawa di butiran telefon dan email di bawah:
Mobile : 07835992868


Diminta juga agar dihebahkan perkara ini keseluruh Scotland, mudahan mendapat sambutan dan memanfaatkan semua warga Malaysia di sini.


Link FB:


Dari, Komuniti Malaysia Glasgow.

Thursday 27 October 2011

Tekini : Malaysian Scottish Games 2011





Assalamualaikum wbt,

Khas buat peserta Msia Scottish Games (Futsal, badminton, Pingpong, Congkak) diminta hadirkan diri seawal 9am29Oct 2011 di Meadowbank sport center untuk acara sukan bermula.

Sekolah Msia edinburgh terpaksa ditunda memandangkan ramai golongan bapa2 yang terlibat dalam pertandingan futsal.

Sila rujuk lampiran untuk "rules & regulation" untuk setiap acara. Jadual untuk futsal akan saya emailkan nanti ataupun diberikan pada hari acara bermula. Berikut adalah senarai nama peserta yang terbabit seperti yang dimaklumkan kepada saya:

Futsal Team A
1)Zaki Annuar (Captain)
2)Ustaz Mushadad
3)Jamal
4)Ahmad Faiq
5)Faizi
6)Firrdhaus
7) Zubir

Futsal Team B
1) Ustaz Sobri saad (Captain)
2) Kamarul
3) Mohd Isnizam
4)Roslan
5)Hassrul
6)Zainuri
7)Ustaz Fakhruzaman

Badminton Men Single
1) Faisal Saad

Badminton Men Double
1)Faisal Saad
2)Steven Duffield

Pingpong
1) Hakim
2)Nazli

Congkak
1) Nurul

Anda dijemput beramai ramai untuk memberi sokongan & mengunjungi gerai2 yang dibuka oleh saudari Liza & rakan2 nanti.

Terima kasih
Zainuri
Penghulu EMSA-Family 2011/12

Wednesday 26 October 2011

Kuliah Online Bersiri (MUTIARA IMAM AL-GAZALI & IHYA' ULUMUDDIN))



Bersama dengan Ustaz Daud Norakit, Leeds dalam Siri Motivasi Rohani di Nur Ramadhan. Dalam siri ini Ustaz akan berbicara khusus merujuk kepada Kitab Ihya Ulumuddin dengan memulakan Siri Pertama ini, mengenali SIAPAKAH hujjatul Islam, Imam al-Ghazali. Bagaimana sejarah hidupnya, keperibadiannya dan lain-lain. Jangan lepaskan peluang ini.


Hanya klik link dibawah

Kuliah Online Bersiri (USUL HADITH)



Malaysian Community of Old Trafford (MCOT) dengan usahasama NUR RAMADHAN berbesar hati ingin menjemput seluruh warga Malaysia di UK dan Ireland untuk menyertai kuliah online bersiri kami yang bertajuk "Usul Hadith". Kuliah online ini akan diadakan secara bersiri, enam minggu berturut-turut pada setiap hari Khamis, bermula pada 27 Oktober 2011. Antara topik-topik yang akan dibentangkan adalah seperti berikut:

Setiap hari khamis 9pm dari 27 Oct hingga 2 Dec 2011

1. Definisi hadith dan sunnah
2. Kedudukan hadith dalam Islam
3. Sejarah pengumpulan dan pemeliharaan hadith
4. Jenis-jenis hadith
5. Hadith sahih dan Mukhtalaful hadith
6. Anti-hadith danAhlul-Quran

Secara langsung di saluran NUR RAMADHAN di

http://www.nurramadhan.net/watch-live/

Tuesday 25 October 2011

Team Futsal EMSA-F


Asalamualaikum wbt,

Setelah mengharungi pelbagai ujian & latihan intenssif, Ini adalah senarai nama yang bakal membawa cabaran EMSA family dalam pertandingan MSG-Futsal nanti. Datanglah beramai2 bagi memberi sokongan padu kepada pemain berkaliber dibawah ini:

Team A
1)Zaki Annuar (Captain)
2)Ustaz Mushadad
3)Jamal
4)Ahmad Faiq
5)Faizi
6)Firrdhaus
7) Zubir

Team B
1) Ustaz Sobri (Captain)
2) Kamarul
3) Mohd Isnizam
4)Roslan
5)Hassrul
6)Zainuri
7)Ustaz Fakhruzaman

p/s Jangan lupa membawa bekalan oksigen sekali.


Zainuri
Penghulu EMSA-F 2011/12

Malaysian Scottish Games 2011



Date

29 October 2011




Location

Meadowbank Sports Centre

(Hosted Commonwealth Games 1970)



Monday 24 October 2011

Ibadah Qurban 1432H

Assalamualaikum wbt,

Marilah sama-sama kita menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.Insyallah tidak lama lagi kita akan menyambut Hari raya Korban/haji yang disambut setiap tahun dalam bulan kalendar Islam 10 Zulhijjah. (Dijangka jatuh pada Ahad 6 November 2011)

Untuk maksud tersebut kepada saudara/saudari yang ingin melakukan ibadah korban, bolehlah menghubungi Ustaz Sobri & menyalurkan sumbangan ke akaun dibawah. Setakat hari ini ada seorang hamba Allah yang berhasrat untuk melakukan korban.


Bank : Bank of Scotland
Nama : Mrs Husniyati Roslan
Account no: 02498399
Sort code : 80-46-35



Bahagian Qurban
1. Tiap seekor kambing atau binatang sebayanya adalah untuk seorang sahaja.
2. Tiap seekor lembu atau binatang sebayanya adalah untuk 7 orang (7 bahagian).



Antara hikmah korban adalah:

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.




Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:

a) Menambah amal kebajikan

- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)


b) Sebagai penebus dosa

- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah: Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)


c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah

- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi AllahAzza Wajalla."


Kita tanya pada diri kita sendiri apakah pengorbanan yang paling besar yang telah kita lakukan di dalam hidup ini? Pengorbanan untuk diri sendiri? Pengorbanan untuk keluarga kita? Pengorbanan untuk agama, bangsa dan negara kita?

Semoga ibadah korban saudara saudari diberkati Allah swt.

Sekian terima kasih
Zainuri
Penghulu EMSA Family 2011/12

Al-Fatihah

Assalamualaikum wbt,

Untuk maklum semua, Bapa mentua kepada ustaz Fakhruzaman telah kembali ke rahmatullah & telah selamat dikebumikan sebentar tadi.Insyallah kita akan mengadakan solat ghaib & bacaan yassin di surau King Building selepas solat Maghrib hari ni. Semua ahli EMSA Family muslimin dijemput hadir.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya & diletakan didalam golongan orang2 yg beriman.
Al-fatihah.

Terima kasih
Zainuri
Penghulu EMSA Family 2011/12

Wednesday 19 October 2011

Pendakian ke Ben Lomond : adik Karim

Assalamualaikum. InsyaALLAH, 29hb ni saya akan menyertai pendakian ke Ben Lomond yang dianjurkan oleh Charity Week, satu program bersama Islamic Society seluruh UK.

Diharap abang2 dan kakak2 sekalian dapat membantu dengan menderma untuk program ini. Tak kisah berapa banyak pun :)

Sumbangan boleh dibuat melalui page ini:
www.onecharityweek.com/uk/donate
(pilih Charity Week Scotland)

Terima kasih! :)

Karim

Peluang berniaga @ Malaysian Scottiah Games 2011



Assalamualaikum/ Salam Sejahtera..

Kami EMSA undergrads akan menganjurkan sports event MSG (Malaysian Scottish Games) pada 29 oct ni... bolehlah jenguk-jenguk website di bawah dan daftar mana-mana games yang diminati..... (tak boleh nk bayangkan kalau emsa family lawan futsal dengan emsa undergrads.. mesti happening ..hahha)Kepada sesiapa yang berminat untuk buka booth makanan, sangatlah dialu-alukan (sebab undergrads ramai yang terlibat dari segi pengurusan event dan acara)...

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fmalaysianscottishgames.weebly.com%2F&h=bAQCatYkRAQAVKQh5wgtRz5ZErVP53Pa2vnMHsKhNMVdMbg

Malaysian Scottish Games 2011



Edinburgh Malaysian Students' Association (EMSA) is pleased to invite you to our very first sports event - the Malaysian Scottish Games 2011!

Visit us at our MSG Official Website for more information!!!!
http://malaysianscottishgames.weebly.com/index.html

... Date: Saturday 29/10/2011
Time: 8am-6pm
Venue: Meadowbank Sports Centre, Edinburgh (where the
Commonwealth Games and 'T on the Fringe' music festival were
previously held!)

Join us for a variety of fun and interesting games, including-

Indoor sports games:
-5 a side Basketball
-Badminton
-Table Tennis
-Squash

Outdoor games:
-5 a side futsal

Others:
-Congkak (Traditional Malaysian game)
-DoTA
-Chess

We invite ALL Malaysian societies from universities in the U.K. and Ireland to participate in this sports event & also a few asian societies from UoE!

Be sure not to miss out on our biggest event of the year! Come and enjoy the games offered, as well as discover the beauty that is the City of Edinburgh.


Find us on facebook at https://www.facebook.com/groups/246615152019828/ for discussion and queries !

Please do not hesitate to reach us at
malaysianscottishgames@gmail.com if you have any queries.

Registration OPEN now and will be closed on 24th October 2011 (Monday)!

We hope to see you very soon!


Til then, warm regards from the EMSA team =) See More

Appeal for Aizwan Aziz

Assalamualaikum wbt


IKRAM Care and Relief UK Eire would like to open a donation drive to help a Malaysian student from Sheffield, Aizwan Aziz who was recently diagnosed with bone cancer.

We would like to encourage members of IKRAM UK Eire and other members of the community in UK and Eire to help donate for this cause. He will be going back to Malaysia and receive further treatments there including chemotherapy and surgery.

These treatments will incur some costs, and therefore brothers and sisters, let's ease his burden by donating for this charity appeal inshaAllah.

Here, we forward the original message by Sheffield Malaysian Students Association (SMSA) for more information:

" Salam and hi to everyone!

I hope this message finds all of you in the best of health.

On behalf of SMSA, we have set up a charity drive to help one of our members, Aizwan Aziz who is currently suffering from bone cancer.

This donation drive aims to help him cover his medical costs from his treatment. He has undergone nine rounds of chemotherapy and is due to receive three more cycles which the doctors hope will reduce the size of his current tumour before they attempt to remove it surgically.

We have set a target of GBP 5000.00 to cover the cost of further chemotherapy treatments, the surgery as well as post-surgical care which will be undertaken back in Malaysia.

Although this may seem like a large amount, I am optimistic that it is not an impossible feat. I urge you to donate generously, and to share his story to your friends, family, and members of your respective societies because “we can do no great things, only small things with great love”.

A Facebook page regarding this charity drive can also be accessed at the link below should you need any more information.

http://www.facebook.com/pages/Aizwan-Aid-Charity-Drive/228138140575292 "

To donate via Ikram Care & Relief, you can use the following account :

UK:

Akaun: Ikram Care
Sortcode: 40-28-06
Acc no: 64254414
Bank: Hsbc
Reference: AizwanAid


Ireland:
Please contact sis Nawwar Miptah ( beet_nawwar@yahoo.co.uk ) for more details.

Donation drive (via Ikram Care & Relief) will be closed on 15th of October as he will be going home soon.

Thank you and may Allah rewards you with the greatest gift, His Jannah inshaAllah..

“Whoever relieves a Believer of a hardship of this life, Allaah will relieve
from him a hardship of the Day of Resurrection...” Hadith 36

Salam wbt

IKRAM CARE & RELIEF UK EIRE

http://ikramuke.org/v3/

Wednesday 5 October 2011

Terkini : Program 'Fiqh Travellers'




Assalamualaikum wbt,

Untuk makluman semua, tempat berlangsungnya majlis telah ditukar di alamat dibawah:

Tempat: Lecture Theatre 175, Old Colleage EH8 9YL Edinburgh

Bagi memastikan kelancaran majlis, tempat ini menyediakan dewan yang boleh memuatkan 200 orang, tempat solat & juga jamuan yang agak selesa & luas. Pada hari Sabtu tersebut, kemudahan letak kereta agak terhad & saudara boleh meletakan kenderaan di "Sciennes Road", "Pleasence gym" atau dibelakang rumah saudara Nazir. (Sila rujuk peta)

Kemudahan "nursery" juga akan disediakan oleh student undergrad bagi ibubapa yang ingin menghantar anak sepanjang berlangsungnya majlis nanti.

Berikut adalah pembahagian tugas gotong royong bersama2 pelajar undergrad:

Nasi Ayam
Ust Fakhruzzaman
Zaki
Rahmat
Kamarul

Ayam Goreng Berempah/Marinated utk Nasi Ayam
Izhar
Zul
Nazli
Nazrin
Nazir
Roslan
Hakim
Rosli
Kamil
Jamal
Marzuki
Nizam
Ust Sobri
Nuri


Undergrad Student (Ayam Goreng Berempah+Sup Ayam+ Sambal+Kicap+Salad)
Siti Zulaikha
Nurhamimah
Norlaila Najwa
Masyitah
Nabihah Farhana
Farah Nadia
Imtiyaz

Kuih-Muih
Faisal
Abby
Fairuz
Khairul
Bred

Buah-buahan Segar/Exotic
Hafiz
Mohd Firrdhaus
Raja Syamir
Izzat Zumairi
Fazlan
Ustaz Mushadad
Zubir

Nama-nama yang mungkin tercicir & pelajar-pelajar undergrad yang ada berdekatan boleh datang bersama-sama memeriahkan majlis dengan membawa "potluck" masing-masing. Pembahagian bahan mentah (Beras,Ayam &DLL) akan dilakukan dirumah Timbalan Penghulu iaitu saudara Kamarul pada hari 7 Oct Jumaat 5.00 -6.00 petang. Sebarang masalah berkenaan pengedaran bahan mentah boleh dimaklumkan untuk penghantaran.

p/s: Sila bawa sejadah bersama saudara/saudari untuk bersolat ditempat yang akan disediakan nanti.

Sebarang kemusykilan/ cadangan/pandangan boleh menghubungi saya & AJK.

Sekian terima kasih
Zainuri
Penghulu EMSA Family 2011/12

Sunday 2 October 2011

Tentatif Fiqh Traveller






Tentatif Fiqh Travellers

9.30am
Kehadiran para tetamu

10.00am
Slot 1 : “Islam sebagai Ad Deen” dan perbincangan
Oleh : Ust Fakhruzaman

11.30am
Slot 2 : “Literasi Perundangan & KefahamanBudaya Masyarakat Setempat”
dan perbincangan
Oleh: Ust Khairul Arifin Mohd Munir

1.00pm
Rehat, makan tengahari & Solat Zohor berjemaah

2.00pm
Slot 3 : “Perlaksanaan Ibadah Khusus” dan perbincangan
Oleh: Ust Mohd Abduh Abu Samah

3.30pm
Slot 4 : “Mencari yang Halal” dan perbincangan
Oleh: Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin

5.00pm
Majlis berakhir

Program 'Fiqh Traveller'

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulilah EMSA family telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah bagi program "Fiqh Traveller" yang julung kali diadakan dibumi Edinburgh ini. Insyallah program sulong ini diharap akan menjadi acara tahunan bagi semua muslimin & muslimat tidak mengira samada pelajar "undergrad" ataupun "postgrad".

"Fiqh Traveller" adalah program untuk menjawap segala persoalan hukum & ibadah khusus lebih2 lagi bagi kita yang berada diperantaun ini. Jika anda ada persoalan mengenai keraguan makanan, contohnya Kentang goreng Mcdonald, boleh dimakan atau tidak? E472, E476 kandungan gelatin dalam makanan dan ibadah khusus solat jamak & Qasar yang dibolehkan serta pelbagai soalan & keraguan...anda semua dijemput hadir.

Tarikh: 8 August 2011 (Sabtu)
Tempat: Surau King Building
Waktu: 9.30am- 5.00pm (4 sesi/slot)
Pengerusi Majlis: Ustaz Sobri & Ustaz Mushadad

Panel-panel pakar:
1) Ustaz Khairul Ariffin Mohd Munir
2)Ustaz Fakhruzaman Abdul Mutalib
3)Ustaz Mohd Abduh Abu Samah
4)Dr Mohd Dzulhamka Kamaludin

Makanan tengahari & minum petang akan disediakan
EMSA family diberi kepercayaan lagi untuk menyediakan juadah tengahari. Menu & tugasan akan saya maklumkan pada email yang akan datang.

Kepatuhan syariat dalam mencari sumber rezeki yang halal amat dititik beratkan bagi kita yang beragama Islam. Ini tidak dapat dinafikan berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w:
"Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam"

Zainuri
Penghulu EMSA Family 2011/12

Sekolah Malaysia Edinburgh - Pertandingan Hafazan Doa dan Bercerita

Assalamualaikum wbt,

Untuk permulaan sessi baru pembelajaran 2011/12 SME akan mengadakan aktiviti sekolah Msia iaitu pertandingan hafalan doa & bercerita. Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori:

1)Kanak2 (P1-P3/) (Hafazan doa pendek)
2)Kanak2 (P4-P6) (hafazan doa & bercerita)
3)Kanak2 pra sekolah( nursery) (hafazan doa2 pendek)


Tarikh: TBA (Nov 2011) after mid term break
Tempat: Dewan Liberton High school
Masa: 10pagi-1230tgh



Anak2 akan diberikan ayat2 utk hafazan & tajuk bercerita & ibubapa hendaklah sama2 membantu memberi tunjuk ajar dirumah. Oleh kerana masa yang terhad, cikgu2 sekolah Msia hanya akan memantau perkembangan & kebolehan anak2. Hari ini anak2 telah diberikan ayat untuk hafazan dirumah & pada sesiapa yang tidak hadir boleh mendapatkannya pada minggu hadapan.

Walaubagaimanapun, ketika pertandingan berlangsung, cikgu2 akan bersama2 naik ke pentas membantu anak2 mengingati kembali doa2 yg telah dihafal.

Ini akan dapat memberi sedikit pendedahan kepada anak2 untuk berdepan dengan hadirin yang ramai & juga menambahkan keyakinan diri. Berdasarkan maklum balas daripada cikgu sekolah Msia, anak2 lebih cepat menghafal apabila dibuat secara beramai2 & berkumpulan.

Ibubapa dijemput hadir memberi semangat & sokongan semasa pertandingan berlangsung.

Pangadil yang akan mengadili pertandingan ini adalah:
a)ustaz sobri
b)Ustaz Fakhruzaman

Hadiah2 akan disampaikan oleh pengadil selepas selesai sahaja majlis.

Terdapat juga doa2 harian dalam bentuk CD kanak2 & dijual pada harga GBP3. CD ini dalam bentuk lagu nasyid & boleh dimainkan dikereta ketika perjalanan bersama keluarga & anak2. Semua sumbangan akan disumbangkan ke tabung EMSA family.

Jika ada apa2 pendapat/idea, sila maklumkan pada saya.

Terima kasih
Zainuri