* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Wednesday 26 October 2011

Kuliah Online Bersiri (USUL HADITH)



Malaysian Community of Old Trafford (MCOT) dengan usahasama NUR RAMADHAN berbesar hati ingin menjemput seluruh warga Malaysia di UK dan Ireland untuk menyertai kuliah online bersiri kami yang bertajuk "Usul Hadith". Kuliah online ini akan diadakan secara bersiri, enam minggu berturut-turut pada setiap hari Khamis, bermula pada 27 Oktober 2011. Antara topik-topik yang akan dibentangkan adalah seperti berikut:

Setiap hari khamis 9pm dari 27 Oct hingga 2 Dec 2011

1. Definisi hadith dan sunnah
2. Kedudukan hadith dalam Islam
3. Sejarah pengumpulan dan pemeliharaan hadith
4. Jenis-jenis hadith
5. Hadith sahih dan Mukhtalaful hadith
6. Anti-hadith danAhlul-Quran

Secara langsung di saluran NUR RAMADHAN di

http://www.nurramadhan.net/watch-live/

No comments:

Post a Comment