* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Tuesday 1 November 2011

Kenangan EMSA-F @ Malaysian Scottish Games




Barisan pemain handalan EMSA-F
(click to enlarge)

Assalamualaikum wbt,

Ucapan tahniah & syabas diucapkan kepada semua peserta untuk FUTSAL Team A & B, Pingpong & badminton. Walaupun pasukan futsal kalah tipis disaat2 akhir wisel, harapan tinggi sebelum perlawanan sebagai "favourite" memang menjadi penyuntik semangat. Selepas perlawanan...ramai yang bertanyakan..menang or kalah? Itu menunjukan EMSA family telah mencapai matlamatnya untuk menghabiskan kesemua perlawanan dengan jayanya tanpa kecederaan.....& semput...Hanya gambar sahaja yang dapat memberi seribu satu cerita pada hari tersebut.

Emsa family tidak pulang dengan tangan kosong dimana kita menjadi Johan & naib johan dalam pingpong & badminton:


Tahniah untuk:
1)Saudara Nazli- Johan pingpong Edinburgh
2)Saudara Faisal- Naib Johan badminton double Edinburgh

Jika tidak kerana kecederaan kaki, EMSA family ada dua Champion..tetapi saudara Faisal terpaksa memberi kemenangan "walk over" kepada lawan.

Tahniah juga kepada peniaga2 persendirian EMSA family yg menjual makanan yang sedap2 & harga yang berpatutan daripada gerai2 yang lain...Masakan EMSA family memang terbaik!! Ucapan juga diajukan kepada kelab penyokong ibu2 & anak2 yang memberi sokongan dari awal hingga akhir perlawanan.

Insyallah...Kita jumpa lagi tahun hadapan.
Zainuri
Penghulu EMSA-F 2011/12




No comments:

Post a Comment