* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Sunday 25 August 2013

Selamat Datang ke Bumi Edinburgh!


Assalamualaikum, selamat datang diucapkan kepada mereka yang bakal menyambung pelajaran di bumi Edinburgh bagi sesi tahun 2013 ini serta mendatang. Kami seluruh warga komuniti Malaysia di Edinburgh mengucapkan tahniah kerana telah berjaya menyambung ke peringkat yang lebih hebat di universiti yang hebat. Juga kami amat mengalu-alukan kedatangan semua.

InshaAllah, seluruh dari komuniti Malaysia Edinburgh berbesar hati menerimaa kedatangan anda semua dan akan cuba sedaya upaya memberi pertolongan, panduan dan bantuan yang semampunya. Semoga kedatangan anda di bumi bertuah ini bakal memeriahkan lagi suasana yang sedia ada.

Kami berbesar hati untuk mempelawa semua yang bakal tiba dan baru tiba untuk sama-sama saling memeriahkan segala program dan events yang dianjurkan oleh pihak AJK EMSA-Family dengan harapan komitment  yang diberikan mampu meraih satu suasana yang pasti tidak akan dilupakan bagi sesiapa yang pernah menjejaki di bumi Edinburgh ini.

Anda boleh mengikuti perkembangan dan segala aktiviti kami di group FB (sila join):
https://www.facebook.com/groups/227661227256636/

Semoga kenangan yang bakal tercipta di Edinburgh ini membawa satu keindahan dan suasana kekeluargaan yang sukar untuk dilupakan.


Tuesday 14 May 2013

Musim Panas: Penginapan Sementara di Edinburgh

Assalamualaikum,
Kami mula menerima banyak pertanyaan akan penginapan yang boleh dicari untuk short term visit di Edinburgh. Bagi memudahkan anda, di sini diletakkan beberapa links tempat inapan sama ada hostel, hotel dan travelodge yang sesuai. Kebiasaanya, rate pada musim summer akan lebih tinggi dalam lingkungan 20-40 pound sehari dan mengikut jenis bilik dan rate masing-masing.

Berikut ialah beberapa hostel/hotel yang direkemenkan:

1. Travelodge : http://www.travelodge.co.uk/hotels/book/edinburgh-hotels
-Sesuai untuk family dan bujang yang ingin menetap dengan selesa di sekita city centre. Biasanya menyediakan parking kereta kepada para pelanggan.

2. Budget Backpackers: http://www.budgetbackpackers.com/
-Sesuai bagi golongan bujang dan tidak kisah menginap di dormitory, harganya lebih murah dan berpatutan. Namun mungkin terpaksa berkongsi tandas dan lain-lain.

3. Edinburgh backpackers: http://www.edinburghbackpackers.com/hostel/directions.shtml
-sama seperti nombor 2.

4. Search engines
-terdapat beberapa search engines untuk hotel/hostel yang sangat mudah dan dipercayai. antaranya ialah:

http://www.booking.com/city/gb/edinburgh.en.html

http://www.lastminute.com/site/travel/hotels/

http://www.agoda.co.uk

Diharapkan info ringkas ini dapat membantu anda. Kebarangkalian untuk orang bujang, boleh juga menumpang di rumah-rumah pelajar undergrad. Maklumkan kepada admin jika berminat, kami cuba berusaha sedapa upaya membantu anda.

Sekian, selamat mengembara! :)

Tuesday 16 April 2013

Perlantikan AJK EMSA-Family 2013/14

Tahniah diucapkan kepada barisan AJK EMSA-Family 2013/14 yang baru dilantik. Semoga terus memimpin warga EMSA-Family dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan bermanfaat.

Berikut merupakan barisan AJK EMSA-Family sesi 2013/14:

Penghulu
 Iman Hasbullah

Timbalan Penghulu
 Mohd Azrin Bin Baharom

Bendahari
Mohd Ikhwan Ridzuan

AJKI: Guru Besar Sekolah Malaysia
 Iskandar Sekuan

AJKII: Bahagian Heriot Watt




AJKIII: Wakil Undergrad
Ahmad Faiq Abdul Halim