* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Friday 12 November 2010

Sambutan AidilAdha 1431 EMSA Family dan Majlis Suai Kenal Keluarga Baru

Assalamualaikum wbt,

Pihak EMSA Family ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kepada seluruh warga EMSA Family yang beragama Islam dan Insyaallah solat sunat AidilAdha dijangka akan diadakan pada hari Selasa ini (16/11/2010~10 Zulhijjah 1431) di kebanyakan masjid-masjid di Edinburgh .

Solat sunat AidilAdha bagi Edinburgh Central Mosque adalah pada:-
Sesi Pertama: 8.15 pagi
Sesi Kedua : 9.30 pagi

Untuk makluman semua, pada tahun ini sambutan AidilAdha EMSA Family akan diadakan bersama-sama dengan Majlis Suai Kenal Keluarga Baru. Program tersebut akan diadakan pada waktu dan tempat seperti dibawah:

Tarikh: 20 Nov 2010 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi-2.30 ptg
Tempat: Surau Kings Buildings
Menu Utama: Daging BBQ dan masak

Aturcara dan lanjutan program ini akan saya maklumkan kemudian.

"Semua Warga EMSA dijemput Hadir"

Sekian

Zaki Annuar