* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Tuesday 21 June 2011

MAJLIS ISRAK MIKRAJ (2 JULAI 2011)

Assalamualaikum wbt,

Sempena memperingati peristiwa Israk Mikraj akan jatuh pada 27 Rejab 1432 bersamaan 29 Jun 2011, pihak EMSA family akan menganjurkan ceramah agama yang bertajuk "Isra' Mikraj & hikmah disebaliknya" akan disampaikan ole ustaz Sobri Saad.


Pihak EMSA family ingin menjemput semua muslimin & muslimat Malaysia yang berada di Edinburgh hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Dalam pada itu juga pihak AJK akan mengadakan pameran/jualan amal DVD ceramah ustaz Shamsuri & juga CD Iqra' kanak-kanak yang telah diusahakan sendiri oleh Ustaz Sobri. Kepada sesiapa ahli EMSA yang akan berangkat pulang ke tanahair tahun ini & sesiapapun yang ingin membuat sedekah jariah/jualan murah/lelongan barang-barang terpakai yang masih elok & bernilai (baju kanak2,kasut,tv,kereta dll) pihak AJK akan juga menyediakan tempat untuk 'mini car boot' saudara-saudari. Sila hubungi saudara Nizam di 07828058250/Perantauan@gmail.com untuk maklumat lanjut.Hasil jualan CD/DVD & juga barang-barang 'mini car boot' akan disalurkan semula ke tabung EMSA.

Selepas sahaja majlis ceramah tersebut, kita ada menerima kunjungan tetamu khas iaitu Professor Madya Dr Kamaruzaman yusoff daripada Institut Kajian Rantau Asia Barat, Universiti Kebangsaan Malaysia,UKM yang ingin memberi ucapan sepatah dua kata mengenai pengalaman & berkongsi ilmu mengenai kepakaran beliau dalam kajian sejarah timur tengah & tamadun Islam (Tajuk ucapan/ perbincangan akan dikemukan kemudian). Saudara/saudari mungkin boleh mengemukakan soalan-soalan mengenai kebangkitan umat Islam di Timur tengah sekarang ini. Maklumat mengenai latarbelakang beliau boleh saudara/saudari layari dengan klik pada link atau gambar dibawah:





Professor Madya Dr Kamaruzzaman Yusuff




Jamuan akan disediakan oleh ahli EMSA secara bergotong royong & menu akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Secara amnnya jadual/aturcara adalah seperti dibawah:

Tarikh: 2 July 2011 (Sabtu)
Tempat: Surau king building university Edinburgh
10.45-11.00am: Ketibaan ahli EMSA & hadirin
11.00-12.45pm: Ceramah agama oleh. Ustaz Sobri Saad. Sessi soal jawab. Saudara/saudari boleh menulis soalan dikertas & diserahkan pada AJK
12.45-1.00pm: Solat zohor berjemaah
1.00-2.30pm: Jamuan tengahari
2.30-3.30pm: Ucapan daripada Professor Madya Dr Kamaruzaman Yusoff
4.00-4.30pm: majlis bersurai

Saya berharap saudara-saudari boleh membuat RSVP ke Naib Penghulu saudara Kamarul di kanr801@yahoo.com untuk memudahkan AJK membuat persiapan.

P/s:Adik-adik undergraduate yang berminat boleh hadir bersama berkongsi ilmu

Sekian terima kasih
Zainuri Mohamed
Penghulu 2011/2012