* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Wednesday, 17 August 2011

Majlis Iftar Perdana EMSA Family 27 Ogos

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah syukur kehadirat Allah swt kerana kita masih dapat mengerjakan ibadah puasa walaupun menghadapi pelbagai cabaran waktu yg panjang & sebagainya.

Sebelum Ramadhan melabuhkan tirainya, saya & Ajk EMSA family ingin menjemput seluruh warga muslimin & muslimat untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana EMSA family 2011. Maklumat lanjut seperti berikut;

Tarikh: 27Aug 2011 (Sabtu)
Tempat: Surau King Building University Edinburgh
Masa: 3.00pm-11pm

Untuk tujuan tersebut seorang hamba Allah telah bersedekah £150 kepada EMSA family bagi membiayai segala perbelanjaan aktiviti sepanjang Ramadhan ini. Jikalau ada sesiapa yang ingin membuat sedekah untuk aktiviti EMSA family bagi Ramadhan, sila hubungi YBerbahagia Ustaz Sobri di mercero78@yahoo.com atau 07424005729.


Aturcara Majlis

3.00pm-7.00pm
Gotong royong menyediakan juadah satay oleh golongan muslimin bapa2. Solat Asar berjemaah. Proses mencucuk satay & membakar 300-500 cucuk satay (anggaran). Minta golongan bapa2 yang mantap berpuasa bergotong royong & datang awal untuk memeriahkan suasana.

7.00pm-8.00
Tazkirah Ramadhan
oleh ustaz2 EMSA yang bertauliah & berpengalaman luas.

8.20pm-9.30pm
Majlis berbuka puasa & Solat Maghrib.

10.05pm-11.00pm
Solat Isyak & Terawih (bagi yg ingin pulang awal boleh bersurai)

1130pm
Bersurai

Untuk juadah sampingan (Nasi, Nasi himpit, minuman, kuih muih & sebagainya, tugasan ini akan dilakukan secara bergotong royong bersama2 & akan dimaklumkan kemudian hari.

Adalah diharapkan saudara/saudari dapat memaklumkan kepada saya & AJK jika tidak dapat menghadirkan diri bagi mengelakan pembaziran.

Selamat Menjalani Ibadah puasa yg akan memasuki fasa terakhir tidak lama lagi.
Sekian terima kasih

Zainuri
Penghulu EMSA Family 2011/12

Monday, 15 August 2011

Solat Isyak & Terawih Berjemaah 19 Ogos


Assalamualaikum wbt,


Bersempena Ramadhan al-mubarak yg mulia ini, EMSA family ingin menjemput semua muslimin & muslimat yang berkelapangan untuk sama2 solat Isyak & terawih berjamaah. Solat ini Insyallah akan diimamkan oleh Yg Berbahagia Ustaz Fakhruzzaman ataupun Ustaz Sobri Saad

Tempat : Surau Kings's Building
Tarikh : 19 Aug 2011(Jumaat malam sabtu)

Selepas solat terawih, kita akan adakan tazkirah ringkas Ramadhan yang disampai oleh kedua2 Yg Berbahagia ustaz diatas.

Jikalau ada sesiapa yg ingin membawa lebihan juadah ringan berbuka seperti kuih muih amatlah dialu2kan. Solat terawih yang lalu ada lebihan kuih & terpaksa dibungkus dibawa pulang. Jadi meramaikan jemaah adalah lebih afdal daripada dibanyakan kuih muih. Bersama2lah kita menyemarakan lagi pesta bulan ibadah ini. Minuman ringan akan disediakan seperti biasa.

Sekian terima kasih.

Zainuri
Penghulu EMSA-Famili 2011/12

Sunday, 14 August 2011

Zakat Fitrah 1432H

Assalamualaikum wbt,

Setelah mendapat pelbagai pandangan & cadangan daripada pelbagai pihak untuk kutipan zakat EMSA Family 2011, saya & AJK ingin menyelaraskan & mempermudahkan kutipan dikalangan ahli EMSA family. Kadar zakat fitrah tahun ini adalah 4GBP/seorang. Saudara saudari boleh membayar secara online terus kepada bendahari EMSA iaitu YBerbahagia Ustaz Sobri ke akaun berikut:

Akaun Bank EMSA Family
Bank : Bank of Scotland
Nama : Mrs Husniyati Roslan

account no: 02498399
sort code : 80-46-35


Setiap transaksi yang dibuat secara online hendaklah disertakan bersama maklumat berikut:
(Contoh)
Nama/Keluarga: Zainuri & family
Jumlah: GBP 16
Tarikh & Masa : 25 Aug 2011 (3.15 pm)
Tujuan: Zakat Fitrah 2011
Contoh maklumat diatas hendaklah dihantar sebaik sahaja transaksi bank berjaya dibuat ke email bendahari(Mercero78@yahoo.com) untuk dikemaskini.

Untuk makluman, Insyallah kutipan ini akan disalurkan terus kepada ahli EMSA family yang memerlukan bagi meringankan beban hariannya. Sebenarnya kita mungkin terlepas pandang dengan kesibukan harian ada dikalangan kita ahli EMSA family yang menghadapi kesukaran dalam berjuang untuk menuntut ilmu dibumi Edinburgh ini.

"Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan, justeru itu hindarkan diri kita dari kancah maksiat dan mungkar yang menghakis keberkatan sebaliknya meriahkan hari - hari kita bersama Ramadhan dengan pesta ibadah. Banyakkan Ibadah, kurangkan juadah dan lazimkan bersedekah."

"Ramadhan adalah bulan yang penuh keampunan, justeru itu dekatkan diri kepada Allah, munajat dan beristighfar memohon keampunan sehingga diri kita tenang dan optimis untuk menggalas amanah perjuangan dibumi Edinburgh ini tanpa dihambat oleh bayang dosa dan noda."


Diharapkan semoga Allah swt memberkati segala sumbangan & amal ibadat saudara saudari di bulan Ramadhan ini. Selamat Menempuh fasa ke-2 Ramadhan.


Zainuri
Penghulu EMSA-Family 2011/12

Wednesday, 10 August 2011

Berita dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Buat semua Pelajar & Komuniti Masyarakat Malaysia,

Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia khususnya Education Malaysia UK amat memerlukan bantuan tuan/puan/saudara/saudari untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai sebarang kejadian rusuhan atau ketidaktenteraman awam dikawasan sekitar tuan/puan/saudara/saudari dari masa ke semasa.
Maklumat boleh disalurkan kepada saya menerusi:

Email: shahrul.nizam.mahfudz@gmail.co​m
Telefon (pejabat) : 020 7985 1256
Telefon (Mobile) : 07 553 740 492 (text atau panggilan)

Tujuan utama adalah pemantauan keadaan sekitar dan koordinasi kerja/bantuan kepada pelajar atau ahli komuniti Malaysia di UK yang terjejas dan membahayakan keselamatan ekoran kejadian rusuhan dan sebagainya pada waktu ini.
Mohon jasa baik juga dipanjangkan hebahan ini kepada pelajar/komuniti yang lain dengan meletakkan di wall FB/Blog/Twitter/Laman web masing-masing.

Sekian, terima kasih.
SHAHRUL NIZAM MAHFUDZ
b.p Education Malaysia UK & Eire

Tuesday, 9 August 2011

Solat Isyak & Terawih Berjemaah

Assalamualaikum wbt,

Bersempena Ramadhan al-mubarak yg mulia ini, EMSA family ingin menjemput semua muslimin & muslimat yang berkelapangan untuk sama2 solat Isyak & terawih berjamaah. Solat ini Insyallah akan diimamkan oleh Yg Berbahagia Ustaz Fakhruzzaman ataupun Ustaz Sobri Saad.



Surau Kings Building,University of Edinburgh
12 Aug 2011(Jumaat malam Sabtu)



Selepas solat terawih, jikalau ada sesiapa yg ingin membawa lebihan juadah ringan berbuka seperti kuih muih amatlah dialu2kan. Bersama2lah kita menyemarakan lagi pesta bulan ibadah ini. Minuman ringan akan disediakan.

Sekian terima kasih.

Nuri
Penghulu EMSA-Family 2011/12

Monday, 8 August 2011

Berita dari NurRamadhan : Media Interaktif

SIARAN NUR RAMADHAN sepanjang RAMADHAN 1432H -
Mari kita nikmati Universiti Ramadhan

sila layari link berikut: www.nurramadhan.net/watch-​live

InsyaAllah, Saluran Nur Ramadhan bersiaran sepanjang Ramadhan 1432H sebagai satu medium pengisian untuk kita semua. Semoga usaha ini ada manfaatnya. Ruangan ini akan di'update' dari semasa ke semasa.

4:00 - 6:30 petang : Montaj/Nasyid/ Thebest from Youtube
6:30 - 7:30 petang : TADARUS ONLINE (medium skype)
7:45 - 8:30 petang : Kuliah/Tazkiran Online
8:30 - 10:00 malam : Al-Quran



KULIAH TERKINI(Minggu ke-2 Ramadhan)


Isnin 8/8/2011 - Ustaz Abdul Aziz Mat Isa, Lampeter Wales
7:45pm [Puasa & Ketaqwaan]

Selasa 9/8/2011 - USTAZ AMAR SIDQUE MOHD AMIN, Atase Pendidikan EM UK & EIRE
5:30pm [ Ramadhan Bulan Rahmat, Bagaimana Kita Berinteraksi Dengannya]

Selasa 9/8/2011 - USTAZ KHAIRUL ARIFIN MOHD MUNIR, GLASGOW
7:45pm [Resensi Buku: Inspirasi Umar al-Khatab]

Rabu 10/8/2011 - USTAZ DAUD NORAKIT, Leeds.
7:45pm [ Peningkatan Kualiti Puasa Menurut Imam al-Ghazali]

Khamis 103/8/2011 - USTAZ MOHD ABDUH ABU SAMAH, Glasgow
7:45pm [ Lelah, Susah, Payah, Penat !!: Ibrah dari Peristiwa Badar al-Kubra ]

Khamis 10/8/2011 - USTAD AMIR YUSUF
5:30pm [Bicara Fiqh Ramadhan]

Jumaat 11/8/2011 - DR. UGI SUHARTO , Pensyarah Markfield Institute, Leicester.
7:45pm [Motivasi Ramadhan – Bahaya Ekonomi Riba Suatu Analisis]


Sila layari link berikut: www.nurramadhan.net/watch-​live

Saturday, 6 August 2011

Islam Festival Edinburgh 6 -16 Ogos

The Islam Festival Edinburgh (IFe) bertempat di Dewan Central Mosque bertujuan memperlihat dengan lebih jelas Islam pada masyarakat setempat . Menerusi Pameran 'Discover Islam', pengunjung berpengalaman menimba ilmu pegetahuan meliputi sejarah kebangkitan dan perkembangan Islam, memperkenalkan para ilmuwan Islam, kesenian Islam dan pengunjung juga akan dibawa melawat sekitar masjid. Pelbagai aktiviti lain berlangsung sepanjang festival di masjid ini seperti ceramah, perbincangan berkaitan isu-isu semasa, bengkel bahasa Arab dan kesenian geometric/arabesque. Warga EMSA dijemput untuk turut serta memeriahkan lagi Festival Islam ini bersama-sama anak-anak. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web.



Tarikh : 6 - 16 Ogos


Tempat : Central Mosque Edinburgh


Masa: 12.00 tgh- 5.00 ptg (Sab-Kha)


2.00 ptg - 5.00 ptg (Jum)


Website : www.islamfestival.com

Thursday, 4 August 2011

Merdeka Carnival 2011


Salam dilampirkan poster Merdeka Carnival 2011 bertempat di Tun Abdul Razak Research Centre, Brickendonbury, Hertford SG13 8NL pada 10 september 2011, dari jam 10.00am - 6.00pm.

Eby Abdul Hamid
Pengerusi
Kelab Umno Edinburgh

The Edinburgh Festival Fringe 2011




The Edinburgh Festival Fringe is the largest arts festival in the world and takes place every August for three weeks in Edinburgh. Every year thousands of performers take to a multitude of stages all over Edinburgh to present shows for every taste. From big names in the world of entertainment to unknown artists looking to build their careers, the festival caters for everyone and includes theatre, comedy, dance, physical theatre, musicals, operas, music, exhibitions and events. Check out the dates and the links related with the festival :




Edinburgh Festival Fringe (Starts on 5 Aug)
Islam Festival Edinburgh ( 6 Aug - 16 Aug)


Edinburgh International Festival (12 August - 4 Sept)
Edinburgh International Book Festival
(13 Aug - 29 Aug)






Tuesday, 2 August 2011

Berita dari Saluran Nur Ramadhan

SIARAN NUR RAMADHAN sepanjang RAMADHAN 1431H - InsyaAllah, Saluran Nur Ramadhan bersiaran sepanjang Ramadhan 1431H sebagai satu medium pengisian untuk kita semua. Semoga usaha ini ada manfaatnya. Ruangan ini akan di'update' dari semasa ke semasa.

4:00 - 6:30 petang : Montaj/Nasyid/ Thebest from Youtube
6:30 - 7:30 petang : TADARUS ONLINE (medium skype)
7:45 - 8:30 petang : Kuliah/Tazkiran Online
8:30 - 10:00 malam : Al-Quran

KULIAH/TAZKIRAH TERKINI:

Isnin 1/8/2011 - Mutiara Al-Quran bersama Ustaz Abduh Abu Samah, Glasgow.
Selasa 2/8/2011 - Ramadhan & Kesihatan bersama Dr. Che An
Rabu 3/8/2011 - Bersama Abang Jo, Warwick
Khamis 4/8/2011 - Bersama Ustaz Amir Yusuf, Bicara Fiqh Ramadhan
Jumaat 5/8/2011 - Bersama Ustaz Jailani , Durham

Ikuti secara live di www.nurramadhan.net/watch-live
Facebook : Nur Ramadhan: Media Interaktif

Reopening National Museum of Scotland

National Museum Of Scotland kini kembali dibuka kepada orang ramai bermula pada 29 Julai 2011 setelah 3 tahun ditutup bagi projek pengubahsuaian. Warga EMSA bolehlah membawa anak-anak berkunjung ke muzium ini bagi mengisi aktiviti cuti sekolah.




National Museum of Scotland

Chamber Street, Edinburgh

10pagi - 5 petang setiap hari

Free Entry


Facebook : National Museums Scotland



Monday, 1 August 2011

Perlantikan Cikgu Sekolah Malaysia Edinburgh

Assalamualaikum wbt,

Untuk makluman semua, Sekolah Malaysia Edinburgh akan kehilangan dua orang tenaga pengajar yang berwibawa iaitu Puan Norly & Ustazah Faten yg bakal pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Sumbangan & jasa kedua2 tenaga pengajar kepada anak2 sekolah Malaysia ini amatlah besar & dihargai. Saya & AJK dalam masa yang terdekat ini akan menyerahkan cendarahati yang masih tidak mampu untuk membalas jasa kedua2 cikgu ini.

Sebagai menggantikan kedua2 mereka ini & mengelakan spekulasi saya ingin mengumumkan perlantikan Cikgu Sekolah Malaysia Edinburgh yang baru secara rasmi berkuatkuasa pada pembukaan semester 2011/2012 baru nanti iaitu:

1) Puan Amalina (Isteri kpd Nazli)
2) Puan Nurul (Isteri kpd Nizam)


Memandangkan ada lagi pertambahan ahli keluarga baru EMSA family seramai 5-6 keluarga yang bakal tiba tidak lama lagi (Sept 2011) diharapkan dengan perlantikan & penubuhan sekolah Malaysia Edinburgh ini dapat menampung keperluan semasa anak2 Malaysia. Diharapkan keluarga EMSA yang sedia ada terus menghantar anak2 & memberi sokongan, galakan untuk kita terus menghidupkan aktiviti Sekolah Malaysia ini nanti. Subjek2 yang diajar di Sekolah Malaysia seperti KAFA, Iqra' & Bahasa Melayu amat penting & masih relevan untuk pembinaan sahsiah diri apabila pulang ke Malaysia nanti.

InsyAllah . Sekian, Terima kasih .

Selamat menjalani ibadah puasa dibulan Ramadhan yg mulia ini.

Zainuri
Pengetua Sekolah Malaysia 2011/12

Sunday, 31 July 2011

Pengumuman Tarikh Puasa 1432H

Assalamualaikum wbt,

Dengan sukacitanya saya ingin memaklumkan maklumat drp Central Mosque Edinburgh yg telah menetapkan bahawa tarikh permulaan puasa jatuh pada esok hari 1 Aug 2011. Solat terawih akan diadakan disemua masjid seluruh Edinburgh pada malam ini.

Selamat berpuasa

Nuri

Penghulu EMSA-Family 2011/12

Saturday, 30 July 2011

Ucapan terima kasih Dr Rahimi

Assalamualaikum,

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada rakan2 yang prihatin. Alhamdulillah, Allah telah memberi kelapangan, kemudahan dan kejayaan kepada saya dalam menghadapi viva tempoh hari.

Sokongan, galakan dan doa rakan2 juga amat saya hargai.

Semoga ia akan menjadi pendorong kepada rakan2 yang masih dan akan menamatkan pengajian.

Dikesempatan ini saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan2 yang membantu memuatkan barang2 ke dalam kontena sebentar tadi. Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Semoga semangat bantu membantu ini akan diteruskan. Jasa kalian amat saya hargai dan berdoa agar diberi ganjaran dari Nya..

InsyaAllah saya sekeluarga akan pulang ke tanahair dalam masa kurang dari 2 minggu untuk memikul tugas dan amanah untuk agama, bangsa dan negara.

Hanya kepada Allah sahajalah tempat mengadu, penentu yang telah berlaku dan pelaksana apa yang bakal terjadi.

'Selamat Maju Jaya'
Rahimi M. Yusop

Program Ramadhan 2011