* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Wednesday 17 August 2011

Majlis Iftar Perdana EMSA Family 27 Ogos

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah syukur kehadirat Allah swt kerana kita masih dapat mengerjakan ibadah puasa walaupun menghadapi pelbagai cabaran waktu yg panjang & sebagainya.

Sebelum Ramadhan melabuhkan tirainya, saya & Ajk EMSA family ingin menjemput seluruh warga muslimin & muslimat untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana EMSA family 2011. Maklumat lanjut seperti berikut;

Tarikh: 27Aug 2011 (Sabtu)
Tempat: Surau King Building University Edinburgh
Masa: 3.00pm-11pm

Untuk tujuan tersebut seorang hamba Allah telah bersedekah £150 kepada EMSA family bagi membiayai segala perbelanjaan aktiviti sepanjang Ramadhan ini. Jikalau ada sesiapa yang ingin membuat sedekah untuk aktiviti EMSA family bagi Ramadhan, sila hubungi YBerbahagia Ustaz Sobri di mercero78@yahoo.com atau 07424005729.


Aturcara Majlis

3.00pm-7.00pm
Gotong royong menyediakan juadah satay oleh golongan muslimin bapa2. Solat Asar berjemaah. Proses mencucuk satay & membakar 300-500 cucuk satay (anggaran). Minta golongan bapa2 yang mantap berpuasa bergotong royong & datang awal untuk memeriahkan suasana.

7.00pm-8.00
Tazkirah Ramadhan
oleh ustaz2 EMSA yang bertauliah & berpengalaman luas.

8.20pm-9.30pm
Majlis berbuka puasa & Solat Maghrib.

10.05pm-11.00pm
Solat Isyak & Terawih (bagi yg ingin pulang awal boleh bersurai)

1130pm
Bersurai

Untuk juadah sampingan (Nasi, Nasi himpit, minuman, kuih muih & sebagainya, tugasan ini akan dilakukan secara bergotong royong bersama2 & akan dimaklumkan kemudian hari.

Adalah diharapkan saudara/saudari dapat memaklumkan kepada saya & AJK jika tidak dapat menghadirkan diri bagi mengelakan pembaziran.

Selamat Menjalani Ibadah puasa yg akan memasuki fasa terakhir tidak lama lagi.
Sekian terima kasih

Zainuri
Penghulu EMSA Family 2011/12

No comments:

Post a Comment