* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Monday 1 August 2011

Perlantikan Cikgu Sekolah Malaysia Edinburgh

Assalamualaikum wbt,

Untuk makluman semua, Sekolah Malaysia Edinburgh akan kehilangan dua orang tenaga pengajar yang berwibawa iaitu Puan Norly & Ustazah Faten yg bakal pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Sumbangan & jasa kedua2 tenaga pengajar kepada anak2 sekolah Malaysia ini amatlah besar & dihargai. Saya & AJK dalam masa yang terdekat ini akan menyerahkan cendarahati yang masih tidak mampu untuk membalas jasa kedua2 cikgu ini.

Sebagai menggantikan kedua2 mereka ini & mengelakan spekulasi saya ingin mengumumkan perlantikan Cikgu Sekolah Malaysia Edinburgh yang baru secara rasmi berkuatkuasa pada pembukaan semester 2011/2012 baru nanti iaitu:

1) Puan Amalina (Isteri kpd Nazli)
2) Puan Nurul (Isteri kpd Nizam)


Memandangkan ada lagi pertambahan ahli keluarga baru EMSA family seramai 5-6 keluarga yang bakal tiba tidak lama lagi (Sept 2011) diharapkan dengan perlantikan & penubuhan sekolah Malaysia Edinburgh ini dapat menampung keperluan semasa anak2 Malaysia. Diharapkan keluarga EMSA yang sedia ada terus menghantar anak2 & memberi sokongan, galakan untuk kita terus menghidupkan aktiviti Sekolah Malaysia ini nanti. Subjek2 yang diajar di Sekolah Malaysia seperti KAFA, Iqra' & Bahasa Melayu amat penting & masih relevan untuk pembinaan sahsiah diri apabila pulang ke Malaysia nanti.

InsyAllah . Sekian, Terima kasih .

Selamat menjalani ibadah puasa dibulan Ramadhan yg mulia ini.

Zainuri
Pengetua Sekolah Malaysia 2011/12

1 comment:

  1. terima kasih buat semua. Cikgu mohon maaf jika ada salah dan silap atau terkasar laku semasa mengajar murid2.

    ReplyDelete