* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Saturday 30 July 2011

Ucapan terima kasih Dr Rahimi

Assalamualaikum,

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada rakan2 yang prihatin. Alhamdulillah, Allah telah memberi kelapangan, kemudahan dan kejayaan kepada saya dalam menghadapi viva tempoh hari.

Sokongan, galakan dan doa rakan2 juga amat saya hargai.

Semoga ia akan menjadi pendorong kepada rakan2 yang masih dan akan menamatkan pengajian.

Dikesempatan ini saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan2 yang membantu memuatkan barang2 ke dalam kontena sebentar tadi. Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Semoga semangat bantu membantu ini akan diteruskan. Jasa kalian amat saya hargai dan berdoa agar diberi ganjaran dari Nya..

InsyaAllah saya sekeluarga akan pulang ke tanahair dalam masa kurang dari 2 minggu untuk memikul tugas dan amanah untuk agama, bangsa dan negara.

Hanya kepada Allah sahajalah tempat mengadu, penentu yang telah berlaku dan pelaksana apa yang bakal terjadi.

'Selamat Maju Jaya'
Rahimi M. Yusop

No comments:

Post a Comment