* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Saturday 6 August 2011

Islam Festival Edinburgh 6 -16 Ogos

The Islam Festival Edinburgh (IFe) bertempat di Dewan Central Mosque bertujuan memperlihat dengan lebih jelas Islam pada masyarakat setempat . Menerusi Pameran 'Discover Islam', pengunjung berpengalaman menimba ilmu pegetahuan meliputi sejarah kebangkitan dan perkembangan Islam, memperkenalkan para ilmuwan Islam, kesenian Islam dan pengunjung juga akan dibawa melawat sekitar masjid. Pelbagai aktiviti lain berlangsung sepanjang festival di masjid ini seperti ceramah, perbincangan berkaitan isu-isu semasa, bengkel bahasa Arab dan kesenian geometric/arabesque. Warga EMSA dijemput untuk turut serta memeriahkan lagi Festival Islam ini bersama-sama anak-anak. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web.



Tarikh : 6 - 16 Ogos


Tempat : Central Mosque Edinburgh


Masa: 12.00 tgh- 5.00 ptg (Sab-Kha)


2.00 ptg - 5.00 ptg (Jum)


Website : www.islamfestival.com

No comments:

Post a Comment