* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Monday 15 August 2011

Solat Isyak & Terawih Berjemaah 19 Ogos


Assalamualaikum wbt,


Bersempena Ramadhan al-mubarak yg mulia ini, EMSA family ingin menjemput semua muslimin & muslimat yang berkelapangan untuk sama2 solat Isyak & terawih berjamaah. Solat ini Insyallah akan diimamkan oleh Yg Berbahagia Ustaz Fakhruzzaman ataupun Ustaz Sobri Saad

Tempat : Surau Kings's Building
Tarikh : 19 Aug 2011(Jumaat malam sabtu)

Selepas solat terawih, kita akan adakan tazkirah ringkas Ramadhan yang disampai oleh kedua2 Yg Berbahagia ustaz diatas.

Jikalau ada sesiapa yg ingin membawa lebihan juadah ringan berbuka seperti kuih muih amatlah dialu2kan. Solat terawih yang lalu ada lebihan kuih & terpaksa dibungkus dibawa pulang. Jadi meramaikan jemaah adalah lebih afdal daripada dibanyakan kuih muih. Bersama2lah kita menyemarakan lagi pesta bulan ibadah ini. Minuman ringan akan disediakan seperti biasa.

Sekian terima kasih.

Zainuri
Penghulu EMSA-Famili 2011/12

No comments:

Post a Comment