* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Monday 4 July 2011

Ucapan terima kasih dr keluarga Abang Azman

Assalammualaikum warga Emsa family yang dihormati,

Alhamdulillah, urusan mengangkat barang2 kami ke kontena telah selesai dengan sempurna pada hari Rabu yang lalu. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada rakan-rakan yang telah membantu mengangkat barang juga meyediakan juadah hidangan. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik kalian semua. Sekiranya ada kekurangan pada hari tersebut, maaf jua yang kami pohon.

Terima kasih juga atas segala pertolongan rakan2 selama kami di Edinburgh terutama buat keluarga Jamal & Gie dan Faisal & Dazilah. Mohon maaf zahir batin jika ada salah silap serta terkasar bahasa. Mohon dihalakan jua makan dan minum. InsyaAllah kami akan berangkat pulang pada petang nanti.

Semoga kita diizinkanNya berjumpa lagi.

Terima kasih banyak2,
Azman, Nor Idah & keluarga .





Foto kenangan bersama Abang Azman selepas Majlis Israk Mikraj 2011 di Surau Kings Building, Universiti of Edinburgh.

No comments:

Post a Comment