* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Monday 25 July 2011

Mesej dari Penghulu utk lawatan SME



Assalamualaikum wbt,

Alhamdulilah syukur kehadirat Ilahi kita dapat menjalankan aktiviti Lawatan Sekolah Msia dengan cuaca yg baik & suasana sederhana tetapi meriah. Jutaan terima kasih buat semua warga EMSA yg hadir memeriahkan lagi aktiviti walaupun cuaca yg agak panas masih bersemangat & bersabar melayan karenah anak2.

Tahniah diucapkan kepada pemenang hadiah misteri EMSA family yg mendapat undian tertinggi:

"Best dressed family"- Kamarul & Nik
"Best dressed kids (boy / girl)"- Adik Ainun (Nazrin)
"Best dressed baby/cute baby of the day"- Baby Nuha (Nazir)
"Pengunjung paling ceria/lucu" (Saudari Liza)
"Pasangan suami/isteri romantis" Pasangan Izhar & Nurul

Tahniah tak berbelah bagi juga untuk anak2 sekolah Msia yg bertungkus lumus melengkapkan kuiz & juga mewarna. Anda semua adalah pemenang & hadiah paling besar adalah set pensil warna yg telah diberikan terdahulu.

Akhir sekali, ribuan terima kasih buat AJK EMSA family yang bertungkus lumus dari mula hingga akhir aktiviti & berjaya mengumpul dana EMSA melalui tabung bergerak EMSA sebanyak GBP 68.12

Saya & AJK EMSA ingin memohon kemaafan jikalau ada salah & silap sepanjang aktiviti berlangsung. Sebarang komen & cadangan amat dialu2kan.

Jumpa lagi pada aktivit akan datang.

Sekian terima kasih

Nuri
Penghulu Emsa-family 2011/12














No comments:

Post a Comment