* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Thursday 28 July 2011

Jemputan ke Majlis Pembukaan Iqra' Academy Mosque

Assalamualaikum wbt,

Disini saya ingin memanjangkan jemputan daripada pihak pengurusan IQRA' Academy Mosque bagi menjemput sesiapa yang berkelapangan pada esok hari ke majlis pembukaan masjid baru tersebut. Aturcara dan waktu adalah seperti berikut:



Tarikh: 29 Julai 2011 (Jumaat)
Masa: 7.30 ptg- 11.30 mlm
Tempat: IQRA' Academy Mosque (EH16 5PJ)



Aturcara:
Pembacaan tilawah Al-Quran
Ucapan dan sesi tazkirah dari Ulama tempatan
Doa
Jamuan Makan Malam




Untuk makluman semua terutama bagi mereka yang tinggal dikawasan sekitar Liberton, IQRA Academy Mosque akan membuka Dewan solat utamanya bagi sesi solat Jumaat iaitu pada 5 Ogos 2011 bersamaan 5 Ramadhan 1432.

Sekian,

Zaki Annuar

- solat sunat terawih juga akan diadakan di masjid baru ini disepanjang bulan Ramadhan ini

No comments:

Post a Comment