* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Friday 29 July 2011

Jadual Terawih & Aktiviti EMSA-Family Sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum wbt,

Saya mengucap syukur Alhamdulilah kerana Ramadhan semakin hampir dan terlalu dekat untuk disambut. Di penghujung Ramadhan yang lalu saya berdoa agar Allah memberikan saya peluang lagi bertemu dengan Ramadhan kerana ganjaran yg lumayan.

Allahumma Ballighna Ramadhan, doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Sebab itu, para sahabat menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Katanya, doa tersebut ada yang dibacakan enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. EMSA family ada mendapat pertanyaan darioada individu & orang persorangan yg ingin menganjurkan solat terawih berjemaah dirumah masing2. Untuk itu, saya ada sediakan jadual untuk sesiapa yang berminat untuk menganjurkan solat terawih secara berjemaah & bolehlah mengisi jadual tersebut seperti dilampiran.

Akhirnya, saya berpesan kepada diri saya yang lemah ini dan juga kepada para pembaca sekalian agar kita benar-benar dapat meraikan Ramadhan ini seperti mana yang dituntut oleh Islam bukannya yang dituntut oleh nafsu kita. Semoga Ramadhan pada kali ini akan memberikan kita kekuatan untuk membina jati diri kita sebagai seorang muslim yang beriman dan melaksanakan tanggungjawab kita untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.

Semoga Allah memberikan kita kekuatan.

Nuri

Penghulu EMSA Family 2011/12


(Jadual Terawih boleh didownload drp email Emsa-family yahoo group)

No comments:

Post a Comment