* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Monday 4 July 2011

Lawatan SME ke Taman Tema Keluarga East Link & Ladang Buah-buahan Belhaven @ DUNBAR

Assalamualaikum wbt,

Untuk makluman warga EMSA Family, pihak Sekolah Malaysia Edinburgh (SME) akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Tema Keluarga East Link & Ladang buah buahan Belhaven & perancangan seperti berikut :

Tarikh: 16 July 2011 (Sabtu)
Masa bertolak:9.45 pagi
Lawatan ini terbuka kepada semua warga Malaysia di Edinburgh
(Maklumat lengkap akan dimakluman kemudian)

Tujuan utama lawatan SME ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada anak-anak Malaysia di Edinburgh berkenaan dengan hidupan haiwan ternakan & peliharaan (pet) yang terdapat di taman tema keluarga tersebut. Disamping itu lawatan ini diharapkan dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan warga EMSA Family.

Bagi maksud tersebut, pihak SME bersetuju untuk menaja sebahagian besar tiket masuk untuk anak-anak warga EMSA Family. Harga tiket ke Taman Tema Keluarga East Link adalah seperti berikut:

Dewasa:GBP 9 (mungkin dapat dikurangkan lagi jikalau penyertaan bertambah)
Kanak-kanak (umur 2-14 tahun):bayaran akan ditanggung oleh SME
Kanak-kanak(bawah 2 tahun):percuma

Untuk Ladang buah Belhaven anda cuma membayar harga buah-buahan (strawberry, Blackcurrants, Gooseberries and Brambles) selepas ditimbang. Walaubagaimanapun, lawatan ini bergantung juga kepada bilangan penyertaan & juga factor cuaca.



Sesiapa yang berminat, bolehlah memberikan nama beserta senarai ahli keluarga yang akan turut serta dalam lawatan itu nanti sebelum atau pada 9 July 2011 kepada saya. Untuk maklumat lanjut sila layari lawan web kedua-dua tempat berkenaan.

http://www.eastlinks.co.uk/home.php East Link Family Park


http://www.belhavenfruitfarm.co.uk/ Belhaven Fruit Farm


Sekian, Terima Kasih

Nuri

No comments:

Post a Comment