* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Tuesday, 9 August 2011

Solat Isyak & Terawih Berjemaah

Assalamualaikum wbt,

Bersempena Ramadhan al-mubarak yg mulia ini, EMSA family ingin menjemput semua muslimin & muslimat yang berkelapangan untuk sama2 solat Isyak & terawih berjamaah. Solat ini Insyallah akan diimamkan oleh Yg Berbahagia Ustaz Fakhruzzaman ataupun Ustaz Sobri Saad.



Surau Kings Building,University of Edinburgh
12 Aug 2011(Jumaat malam Sabtu)



Selepas solat terawih, jikalau ada sesiapa yg ingin membawa lebihan juadah ringan berbuka seperti kuih muih amatlah dialu2kan. Bersama2lah kita menyemarakan lagi pesta bulan ibadah ini. Minuman ringan akan disediakan.

Sekian terima kasih.

Nuri
Penghulu EMSA-Family 2011/12

Monday, 8 August 2011

Berita dari NurRamadhan : Media Interaktif

SIARAN NUR RAMADHAN sepanjang RAMADHAN 1432H -
Mari kita nikmati Universiti Ramadhan

sila layari link berikut: www.nurramadhan.net/watch-​live

InsyaAllah, Saluran Nur Ramadhan bersiaran sepanjang Ramadhan 1432H sebagai satu medium pengisian untuk kita semua. Semoga usaha ini ada manfaatnya. Ruangan ini akan di'update' dari semasa ke semasa.

4:00 - 6:30 petang : Montaj/Nasyid/ Thebest from Youtube
6:30 - 7:30 petang : TADARUS ONLINE (medium skype)
7:45 - 8:30 petang : Kuliah/Tazkiran Online
8:30 - 10:00 malam : Al-Quran



KULIAH TERKINI(Minggu ke-2 Ramadhan)


Isnin 8/8/2011 - Ustaz Abdul Aziz Mat Isa, Lampeter Wales
7:45pm [Puasa & Ketaqwaan]

Selasa 9/8/2011 - USTAZ AMAR SIDQUE MOHD AMIN, Atase Pendidikan EM UK & EIRE
5:30pm [ Ramadhan Bulan Rahmat, Bagaimana Kita Berinteraksi Dengannya]

Selasa 9/8/2011 - USTAZ KHAIRUL ARIFIN MOHD MUNIR, GLASGOW
7:45pm [Resensi Buku: Inspirasi Umar al-Khatab]

Rabu 10/8/2011 - USTAZ DAUD NORAKIT, Leeds.
7:45pm [ Peningkatan Kualiti Puasa Menurut Imam al-Ghazali]

Khamis 103/8/2011 - USTAZ MOHD ABDUH ABU SAMAH, Glasgow
7:45pm [ Lelah, Susah, Payah, Penat !!: Ibrah dari Peristiwa Badar al-Kubra ]

Khamis 10/8/2011 - USTAD AMIR YUSUF
5:30pm [Bicara Fiqh Ramadhan]

Jumaat 11/8/2011 - DR. UGI SUHARTO , Pensyarah Markfield Institute, Leicester.
7:45pm [Motivasi Ramadhan – Bahaya Ekonomi Riba Suatu Analisis]


Sila layari link berikut: www.nurramadhan.net/watch-​live

Saturday, 6 August 2011

Islam Festival Edinburgh 6 -16 Ogos

The Islam Festival Edinburgh (IFe) bertempat di Dewan Central Mosque bertujuan memperlihat dengan lebih jelas Islam pada masyarakat setempat . Menerusi Pameran 'Discover Islam', pengunjung berpengalaman menimba ilmu pegetahuan meliputi sejarah kebangkitan dan perkembangan Islam, memperkenalkan para ilmuwan Islam, kesenian Islam dan pengunjung juga akan dibawa melawat sekitar masjid. Pelbagai aktiviti lain berlangsung sepanjang festival di masjid ini seperti ceramah, perbincangan berkaitan isu-isu semasa, bengkel bahasa Arab dan kesenian geometric/arabesque. Warga EMSA dijemput untuk turut serta memeriahkan lagi Festival Islam ini bersama-sama anak-anak. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web.



Tarikh : 6 - 16 Ogos


Tempat : Central Mosque Edinburgh


Masa: 12.00 tgh- 5.00 ptg (Sab-Kha)


2.00 ptg - 5.00 ptg (Jum)


Website : www.islamfestival.com

Thursday, 4 August 2011

Merdeka Carnival 2011


Salam dilampirkan poster Merdeka Carnival 2011 bertempat di Tun Abdul Razak Research Centre, Brickendonbury, Hertford SG13 8NL pada 10 september 2011, dari jam 10.00am - 6.00pm.

Eby Abdul Hamid
Pengerusi
Kelab Umno Edinburgh

The Edinburgh Festival Fringe 2011




The Edinburgh Festival Fringe is the largest arts festival in the world and takes place every August for three weeks in Edinburgh. Every year thousands of performers take to a multitude of stages all over Edinburgh to present shows for every taste. From big names in the world of entertainment to unknown artists looking to build their careers, the festival caters for everyone and includes theatre, comedy, dance, physical theatre, musicals, operas, music, exhibitions and events. Check out the dates and the links related with the festival :




Edinburgh Festival Fringe (Starts on 5 Aug)
Islam Festival Edinburgh ( 6 Aug - 16 Aug)


Edinburgh International Festival (12 August - 4 Sept)
Edinburgh International Book Festival
(13 Aug - 29 Aug)






Tuesday, 2 August 2011

Berita dari Saluran Nur Ramadhan

SIARAN NUR RAMADHAN sepanjang RAMADHAN 1431H - InsyaAllah, Saluran Nur Ramadhan bersiaran sepanjang Ramadhan 1431H sebagai satu medium pengisian untuk kita semua. Semoga usaha ini ada manfaatnya. Ruangan ini akan di'update' dari semasa ke semasa.

4:00 - 6:30 petang : Montaj/Nasyid/ Thebest from Youtube
6:30 - 7:30 petang : TADARUS ONLINE (medium skype)
7:45 - 8:30 petang : Kuliah/Tazkiran Online
8:30 - 10:00 malam : Al-Quran

KULIAH/TAZKIRAH TERKINI:

Isnin 1/8/2011 - Mutiara Al-Quran bersama Ustaz Abduh Abu Samah, Glasgow.
Selasa 2/8/2011 - Ramadhan & Kesihatan bersama Dr. Che An
Rabu 3/8/2011 - Bersama Abang Jo, Warwick
Khamis 4/8/2011 - Bersama Ustaz Amir Yusuf, Bicara Fiqh Ramadhan
Jumaat 5/8/2011 - Bersama Ustaz Jailani , Durham

Ikuti secara live di www.nurramadhan.net/watch-live
Facebook : Nur Ramadhan: Media Interaktif

Reopening National Museum of Scotland

National Museum Of Scotland kini kembali dibuka kepada orang ramai bermula pada 29 Julai 2011 setelah 3 tahun ditutup bagi projek pengubahsuaian. Warga EMSA bolehlah membawa anak-anak berkunjung ke muzium ini bagi mengisi aktiviti cuti sekolah.




National Museum of Scotland

Chamber Street, Edinburgh

10pagi - 5 petang setiap hari

Free Entry


Facebook : National Museums Scotland



Monday, 1 August 2011

Perlantikan Cikgu Sekolah Malaysia Edinburgh

Assalamualaikum wbt,

Untuk makluman semua, Sekolah Malaysia Edinburgh akan kehilangan dua orang tenaga pengajar yang berwibawa iaitu Puan Norly & Ustazah Faten yg bakal pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Sumbangan & jasa kedua2 tenaga pengajar kepada anak2 sekolah Malaysia ini amatlah besar & dihargai. Saya & AJK dalam masa yang terdekat ini akan menyerahkan cendarahati yang masih tidak mampu untuk membalas jasa kedua2 cikgu ini.

Sebagai menggantikan kedua2 mereka ini & mengelakan spekulasi saya ingin mengumumkan perlantikan Cikgu Sekolah Malaysia Edinburgh yang baru secara rasmi berkuatkuasa pada pembukaan semester 2011/2012 baru nanti iaitu:

1) Puan Amalina (Isteri kpd Nazli)
2) Puan Nurul (Isteri kpd Nizam)


Memandangkan ada lagi pertambahan ahli keluarga baru EMSA family seramai 5-6 keluarga yang bakal tiba tidak lama lagi (Sept 2011) diharapkan dengan perlantikan & penubuhan sekolah Malaysia Edinburgh ini dapat menampung keperluan semasa anak2 Malaysia. Diharapkan keluarga EMSA yang sedia ada terus menghantar anak2 & memberi sokongan, galakan untuk kita terus menghidupkan aktiviti Sekolah Malaysia ini nanti. Subjek2 yang diajar di Sekolah Malaysia seperti KAFA, Iqra' & Bahasa Melayu amat penting & masih relevan untuk pembinaan sahsiah diri apabila pulang ke Malaysia nanti.

InsyAllah . Sekian, Terima kasih .

Selamat menjalani ibadah puasa dibulan Ramadhan yg mulia ini.

Zainuri
Pengetua Sekolah Malaysia 2011/12

Sunday, 31 July 2011

Pengumuman Tarikh Puasa 1432H

Assalamualaikum wbt,

Dengan sukacitanya saya ingin memaklumkan maklumat drp Central Mosque Edinburgh yg telah menetapkan bahawa tarikh permulaan puasa jatuh pada esok hari 1 Aug 2011. Solat terawih akan diadakan disemua masjid seluruh Edinburgh pada malam ini.

Selamat berpuasa

Nuri

Penghulu EMSA-Family 2011/12

Saturday, 30 July 2011

Ucapan terima kasih Dr Rahimi

Assalamualaikum,

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada rakan2 yang prihatin. Alhamdulillah, Allah telah memberi kelapangan, kemudahan dan kejayaan kepada saya dalam menghadapi viva tempoh hari.

Sokongan, galakan dan doa rakan2 juga amat saya hargai.

Semoga ia akan menjadi pendorong kepada rakan2 yang masih dan akan menamatkan pengajian.

Dikesempatan ini saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan2 yang membantu memuatkan barang2 ke dalam kontena sebentar tadi. Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Semoga semangat bantu membantu ini akan diteruskan. Jasa kalian amat saya hargai dan berdoa agar diberi ganjaran dari Nya..

InsyaAllah saya sekeluarga akan pulang ke tanahair dalam masa kurang dari 2 minggu untuk memikul tugas dan amanah untuk agama, bangsa dan negara.

Hanya kepada Allah sahajalah tempat mengadu, penentu yang telah berlaku dan pelaksana apa yang bakal terjadi.

'Selamat Maju Jaya'
Rahimi M. Yusop

Program Ramadhan 2011

Jadual Waktu Solat Sepanjang Ramadhan Central Mosque Edinburgh





Friday, 29 July 2011

Tips dan Panduan Menyambut Ramadhan dari Tok Penghulu

Beberapa tips dan panduan yang boleh kita kongsikan bersama dalam hal membuat persiapan ini.


1. Persiapan ruhiyah (spiritual)
Persiapan ruhiyah dapat dilakukan dengan memperbanyak ibadah, seperti memperbanyak membaca Al-Qur’an saum sunnah, dzikir, do’a dll. Dalam hal mempersiapkan ruhiyah, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam mencontohkan kepada umatnya dengan memperbanyak puasa di bulan Sya’ban, sebagaimana yang diriwayatkan ‘Aisyah ra. berkata:” Saya tidak melihat Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam menyempurnakan puasanya, kecuali di bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat dalam satu bulan yang lebih banyak puasanya kecuali pada bulan Sya’ban”(HR Muslim).

2. Persiapan fikriyah
Persiapan fikriyah atau akal dilakukan dengan mendalami ilmu, khususnya ilmu yang terkait dengan ibadah Ramadhan. Banyak orang yang berpuasa tidak menghasilan kecuali lapar dan dahaga. Hal ini dilakukan kerana puasanya tidak dilandasi dengan ilmu yang cukup. Seorang yang beramal tanpa ilmu, maka tidak menghasilkan kecuali kesia-siaan belaka.

3. Merencanakan Peningkatan Prestasi Ibadah (Syahrul Ibadah)
Ibadah Ramadhan dari tahun ke tahun harus meningkat. Tahun depan harus lebih baik dari tahun ini, dan tahun ini harus lebih baik dari tahun lalu. Ibadah Ramadhan yang kita lakukan harus dapat merubah dan memberikan output yang positif kepada peningkatan diri dan jemaah serta masyarakat.


4. Menjadikan Ramadhan sebagai Syahrut Taubah (Bulan Taubat)
Bulan Ramadhan adalah bulan di mana syaitan dibelenggu, hawa nafsu dikendalikan dengan puasa, pintu neraka ditutup dan pintu surga dibuka. Sehingga bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat kondusif untuk bertaubat dan memulai hidup baru dengan langkah baru yang lebih Islamik. Taubat bererti meninggalkan kemaksiatan, dosa dan kesalahan serta kembali kepada kebenaran. Atau kembalinya hamba kepada Allah SWT, meninggalkan jalan orang yang dimurkai dan jalan orang yang sesat.

Taubat bukan hanya terkait dengan meninggalkan kemaksiatan, tetapi juga terkait dengan pelaksanaan perintah Allah. Orang yang bertaubat masuk kelompok yang beruntung. Allah SWT. berfirman:

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung” (QS An-Nuur 31).

Oleh kerana itu, di bulan bulan Ramadhan orang-orang beriman harus memperbanyak istighfar dan taubat kepada Allah SWT. Mengakui kesalahan dan meminta ma’af kepada sesama manusia yang dizhaliminya serta mengembalikan hak-hak mereka. Taubah dan istighfar menjadi syarat utama untuk mendapat maghfiroh (ampunan), rahmat dan karunia Allah SWT.



(Sumber dari Nuri - Penghulu EMSA-Family 2011/12)

Jadual Terawih & Aktiviti EMSA-Family Sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum wbt,

Saya mengucap syukur Alhamdulilah kerana Ramadhan semakin hampir dan terlalu dekat untuk disambut. Di penghujung Ramadhan yang lalu saya berdoa agar Allah memberikan saya peluang lagi bertemu dengan Ramadhan kerana ganjaran yg lumayan.

Allahumma Ballighna Ramadhan, doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Sebab itu, para sahabat menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Katanya, doa tersebut ada yang dibacakan enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. EMSA family ada mendapat pertanyaan darioada individu & orang persorangan yg ingin menganjurkan solat terawih berjemaah dirumah masing2. Untuk itu, saya ada sediakan jadual untuk sesiapa yang berminat untuk menganjurkan solat terawih secara berjemaah & bolehlah mengisi jadual tersebut seperti dilampiran.

Akhirnya, saya berpesan kepada diri saya yang lemah ini dan juga kepada para pembaca sekalian agar kita benar-benar dapat meraikan Ramadhan ini seperti mana yang dituntut oleh Islam bukannya yang dituntut oleh nafsu kita. Semoga Ramadhan pada kali ini akan memberikan kita kekuatan untuk membina jati diri kita sebagai seorang muslim yang beriman dan melaksanakan tanggungjawab kita untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.

Semoga Allah memberikan kita kekuatan.

Nuri

Penghulu EMSA Family 2011/12


(Jadual Terawih boleh didownload drp email Emsa-family yahoo group)

Thursday, 28 July 2011

Jemputan ke Majlis Pembukaan Iqra' Academy Mosque

Assalamualaikum wbt,

Disini saya ingin memanjangkan jemputan daripada pihak pengurusan IQRA' Academy Mosque bagi menjemput sesiapa yang berkelapangan pada esok hari ke majlis pembukaan masjid baru tersebut. Aturcara dan waktu adalah seperti berikut:



Tarikh: 29 Julai 2011 (Jumaat)
Masa: 7.30 ptg- 11.30 mlm
Tempat: IQRA' Academy Mosque (EH16 5PJ)



Aturcara:
Pembacaan tilawah Al-Quran
Ucapan dan sesi tazkirah dari Ulama tempatan
Doa
Jamuan Makan Malam




Untuk makluman semua terutama bagi mereka yang tinggal dikawasan sekitar Liberton, IQRA Academy Mosque akan membuka Dewan solat utamanya bagi sesi solat Jumaat iaitu pada 5 Ogos 2011 bersamaan 5 Ramadhan 1432.

Sekian,

Zaki Annuar

- solat sunat terawih juga akan diadakan di masjid baru ini disepanjang bulan Ramadhan ini