* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Friday 16 September 2011

Terkini - Berita dari Sekolah Malaysia Edinburgh

Assalamualaikum wbt,

Untuk makluman & perhatian warga EMSA family, terdapat beberapa perubahan berkenaan sekolah Malaysia yang akan berkuatkuasa mulai Sabtu ini 17Sept 2011.

1)Berikut adalah Guru yang akan mengendalikan kelas iaitu:
Kelas prasekolah/tadika - guru kelas: Pn Nurul
Kelas sekolah rendah - guru kelas: Pn Norsiah

2. Snack pack (makanan ringan dan air) TIDAK akan disediakan lagi memandangkan maklum balas daripada guru kelas sekolah rendah (Pn Norsiah) yang prihatin tentang anak2 sekolah Msia meminum minuman yang bergula. Sila bekalkan air minuman (air masak) dan juga "snack" daripada rumah sepanjang sessi sekolah bermula.

3. Pendaftaran anak2 sekolah Msia akan dilakukan dengan mengisi borang yang telah disediakan & akan direkodkan butiran seperti nama, no tel ibu bapa, umur, alamat dan masalah kesihatan cthnya:alergi,sawan dan lain2.

Diharap saudara/saudari dapat memberi kerjasama dalam menyesuaikan diri dengan perubahan untuk Perkara (2) dan terus memberi sokongan kepada perjalanan sekolah Msia. Segala cadangan & maklum balas amat dialu-alukan

Sekian
Terima Kasih

Zainuri


Pengetua Sekolah Malaysia Edinburgh

No comments:

Post a Comment