* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Thursday, 23 February 2012

Derma untuk adik Andi

Assalamualaikum wbt,

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa berada di bawah lindungan Rahmat Allah.

Insyallah, kami berhasrat untuk mengumpulkan sedikit sumbangan untuk membantu sahabat kita, Andi Rizal Zaabah yang kini sedang berada di Malaysia kerana ibunya jatuh sakit.Ibu nye disyaki mengalami cancer deodenum yang akan cause hormonal imbalances and komplikasi penghadaman.

Diharapkan dengan sumbangan kita yang sedikit itu dapat digunakan bagi membantu beliau sekeluarga insyAllah. Buat sementara waktu sumbangan boleh la dibuat ke akaun saya dan duit insya allah akn diserah kan kepada beliau sebaik sahaja belia pulang dari Malaysia nanti

Name : Shafiee M Yusop 
Account number : 0 0 1 6 5 6 7 9
Sort code : 8 3 - 1 9 - 1 5
Bank : RBS
Ref : Derma Andi

"Barang siapa meringankan seorang muslim dari sebuah kesusahan di antara berbagai kesusahan yang menimpanya di dunia, maka niscaya Allah Subhanahu Wata’ala meringankan baginya sebuah kesusahanbaginya diantara berbagai kesusahan yang menimpanya di akhirat." (Muslim)


Adik Tun Mohd Zarul

Pertandingan Hafazan Sekolah Malaysia Edinburgh

Assalamualaikum wbt,

Seperti yang dirancangkan terdahulu SME akan mengadakan pertandingan hafazan doa pendek dan ayat-ayat  lazim seperti butiran dibawah:

Tarikh: 25 Feb 2012 (sabtu)
Masa: 10.30-1230am
Terbahagi kepada 2 kategori:
1) Kanak2 Dewasa (P1 keatas)
2)Kanak2 kecil (Nursery kebawah)

Setiap kategori akan ada Johan dan naib johan dan juga hadiah berkumpulan. Format pertandingan dan pemenang akan ditentukan mengikut berapa banyak doa-doa dan ayat-ayat yang boleh dihafal oleh anak2. Senarai doa dan ayat-ayat lazim akan diberikan oleh Cikgu ataupun pengadil (Ustaz Sobri/Ustaz Mushadad) ketika majlis berlangsung.

Ibubapa digalakan hadir memeriahkan majlis.


ZaiNuri Mohamed

Wednesday, 1 February 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul EMSA Family 2012/1433H

Assalamualaikum wbt,

Berikut adalah pembahagian tugas secara gotong royong sempena majlis Maulidul Rasul yang akan datang:

Nuri/Azreen-Nasi putih
Nazli/Amalina - Nasi Himpit
Zaki/Norsiah- Nasi Himpit
Izhar/Nurul - Nasi Himpit


Sup Kambing Soto
Rahmat
Kamarul
Ustaz Mushadad

Kuah Kacang
Ustaz Sobri
Nizam
Raja Syamir

Ayam Goreng Berempah/Marinated
Zul
Nazrin
Mohd Firrdhaus

Cucur Udang
Abby
Marzuki
Izzat Zumairi
Fazlan

Bergedil
Kamil
Hakim
Nazir

Kuih-Muih
Faisal/Kak Daz
Fairuz
Khairul/Yumn
Jamal/Kak Gie- Kek Pelangi (atas permintaan ramai)

Buah-buahan Segar/Exotic
Roslee (jika berkesempatan)
Zubir (jika berkesempatan)


Nama-nama yang mungkin tercicir dan UNDERGRAD  yang ada berdekatan boleh datang bersama- sama memeriahkan majlis dengan membawa "potluck" buah buahan dan air minuman masing-masing.

Pembahagian bahan mentah (beras,ayam,daging,daging cincang dan lain-lain) akan dilakukan di :

 Surau Kings Building, University Edinburgh 
 Sabtu, 4 Februari 
2.30pm-6.00pm.

Golongan bapa diminta membawa 1)pisau, 2)Timba atau besen 3)"Chopping board" untuk proses pembikinan satay nanti. Sekolah Malaysia Edinburgh akan berlangsung seperti sediakala. Sebarang masalah berkenaan pengedaran bahan mentah boleh dimaklumkan untuk penghantaran.

Saudara/saudari digalakan membawa pinggan dan cawan sendiri semasa jamuan (5Feb Ahad), walaubagaimanapun ianya tetap disediakan tetapi dalam kuantiti yang terhad.

Sebarang kemusykilan/ cadangan/pandangan/masalah boleh menghubungi saya & AJK.



ZaiNuri Mohamed
Penghulu EMSA Famili 2011/12

Friday, 27 January 2012

Sekolah Malaysia Edinburgh - IQRA'

Assalamualaikum wbt, 

Untuk maklum ibubapa, cikgu Sekolah Malaysia Edinburgh (SME) ingin mengemaskini pembacaan IQRA' & Quran bagi anak-anak kecil dan dewasa. Daripada maklum balas, ada juga ibubapa yang mengajarnya dirumah & SME ingin menyambung usaha tersebut bagi memudahkan pembacaan yang berterusan. Dilampirkan bersama nama anak-anak dan juga tahap IQRA' (1,2,3,4,5&6) termasuk mura surat. Penetapan tahap IQRA' ini adalah secara rambang & ibubapa lebih mengetahui kebolehan tahap anak masing-masing yang berbeza-beza. 

Adalah diharapkan ibubapa dapat memberi "update" terkini tahap IQRA' anak[anak saudara/saudari supaya memudahkan cikgu-cikgu SME menyambungnya ketika sesi pembelajaran tiap-tiap Sabtu. Sila emailkan semua tahap terkini IQRA' anak-anak ke Nurulhazlina@gmail.com

Sekian terima kasih 

ZaiNuri Mohamed

Saturday, 21 January 2012

FORUM SEMBANG-SEMBANG SANTAI ISU-ISU SEMASA MALAYSIA 2012


[Info Program, Sabtu, 21 Januari 2012, 4:30 ptg - 8:30 mlm (Waktu UK)] Mari bersama dalam FORUM SEMBANG-SEMBANG SANTAI ISU-ISU SEMASA MALAYSIA 2012, bersama Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (DR.MAZA) Bersama PANEL (Kelab UMNO UK, UKEC, PAS UK&EIRE, FRIENDS of PAKATAN), secara langsung dari OXFORD, UK. Mari semarakkan penglibatan membuka minda anda...

IKUTI live
 http://www.nurramadhan.net/ (klik watch live)
atau layari terus livestream NR



Thursday, 19 January 2012

Talk : A Thousand Years of Scholarship


 
 
 

Sheikh Ahmed Saad, Imam of North London Mosque delivers a talk, 'A Thousand Years of Scholarship'


Date : 27 Januari 2012

Venue : Appleton Tower , University of Edinburgh

Friday, 13 January 2012

Talk : Walking in the Foot Steps if Giants

Assalamualaikum.

Mlm ni insyaAllah ada satu talk yg menarik di Appleton Tower, dpn Central Mosque

Tajuk: walking in the Foot Steps of Giants
Speaker: Dr Omar Khaldoun
Masa: 7.15pm lepas isyak

Talk ini akan menyentuh mengenai para sahabat Rasulullah, kehebatan dan cth yg kita boleh ambil. Brother Omar ialah presiden Muslim Assoc of Britain dan memang seorang speaker yg best insyaAllah.
Jadi kpd yg ada kelapangan, jemput dtg. Menambah ilmu sambil mencari rahmat Allah di hujung minggu insyaAllah

Adik Abdul Karim

Talk : Call of Duty -14 Januari

Majlis Sambutan Maulidur Rasul EMSA Family 2012/1433H

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah syukur kehadirat Allah swt kerana cuaca musim sejuk kali ini tidak seteruk tahun lepas & mengizinkan kita menjalani aktiviti-aktiviti harian. Saya dan AJK EMSA Family berbesar hati ingin menjemput seluruh warga muslimin dan muslimat Edinburgh untuk menghadiri Majlis Sambutan Maulidul Rasul EMSA Family. Maklumat lanjut seperti berikut;

Tarikh: 5 February 2012 (Ahad)
Tempat: Surau King Building University Edinburgh
Masa: 10.00am-4pm

Ceramah & Forum Perdana oleh Yang Berbahagia Ustaz Mushadad Hulaimi yang didatangkan khas daripada Negeri Sarawak.
Untuk tujuan tersebut, EMSA family akan membiayai perbelanjaan aktiviti ini hasil daripada sumbangan2 saudara saudari terdahulu. Jikalau ada sesiapa yang ingin membuat sumbangan, amatlah dialu2kan.
Aturcara bermula dengan proses mencucuk satay pada hari sebelum Majlis:

Tarikh: 4February 2012 (Sabtu)
Tempat:
Surau King Building University Edinburgh2.30pm-7.00pm - Gotong royong menyediakan juadah satay oleh golongan muslimin bapa2. Solat Asar, Margrib & Isyak berjemaah.

Proses mencucuk satay 500-1500 cucuk satay (anggaran). Diharap golongan bapa2 & under grad bujang bergotong royong & datang awal untuk memeriahkan suasana.

Untuk juadah sampingan (Nasi,minuman, kuih muih & sebagainya, tugasan ini akan dilakukan secara bergotong royong bersama2 & akan dimaklumkan kemudian hari.

Adalah diharapkan saudara/saudari dapat memaklumkan kepada saya & AJK jika tidak dapat menghadirkan diri bagi mengelakan pembaziran.
Surah Al-Anbiya':
[107] Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
Surah Al-Ahzaab:
[40] Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Sekian terima kasih

Zainuri Mohamed
Penghulu EMSA Family 2011/12

Sekolah Malaysia Edinburgh

Assalamualaikum wbt

Untuk makluman semua, Sekolah Msia Edinburgh akan bermula seperti biasa pada Sabtu ini 14Jan 2012.

Sekian.

Zainuri Mohamed
Pengetua Sekolah Malaysia Edinburgh

Wednesday, 4 January 2012

Umrah dan Ziarah 2012 anjuran Ikram UK dan Eire

Sessi Fotografi

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulilah, sesi pengambaran Sekolah Msia Edinburgh telah berjalan dengan lancar & hasil seni fotografinya (oleh Sir Firrdaus Shahbudin) telahpun siap untuk ditempah. Harga untuk sekeping gambar adalah 3GBP (1 for 3pound) & 3 keping gambar hanyalah 7GBP (3 for 7pound). Tempahan boleh dibuat dengan email kepada bendahari (ustaz Sobri) ataupun FB & bayaran melalui:

Bank : Bank of Scotland
Nama : Mrs Husniyati Roslan
account no: 02498399
sort code : 80-46-35
Setiap transaksi yang dibuat secara online hendaklah disertakan bersama maklumat berikut:

 Nama/Keluarga:
 Jumlah:
Tarikh & Masa : 25 May 2011 (3.15 pm)
No photo: 1s,2s,3s,4s,5s,6s,

Semua jualan akan disalurkan semula ke tabung Sekolah Msia Edinburgh..abadikan kenangan anak2 sambil menderma.

Terima kasih
Zainuri Mohamed
Pengetua Sekolah Malaysia 2011/12

Saturday, 24 December 2011

Lawatan YB Dato' Seri Nazri Abdul Aziz ke Edinburgh

Salam, kepada semua pelajar tajaan MARA, saya kepilkan email daripada Penolong Pengarah MARA UK, dijemput hadir:

" Assalamualaikum saudara/saudari,

Adalah dimaklumkan bahawa YB Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan satu perjumpaan dgn pelajar2 Malaysia yang berada di Edinburgh seperti ketetapan berikut :
...
Tarikh : 31 Disember 2011 (Sabtu)
Masa : 5pm - 7pm
Tempat : Mosque Kitchen Edinburgh, 33 Nicolson Street, Edinburgh EH8 9BX
Program : Perjumpaan & Makan Malam

Sehubungan dengan itu, pelajar2 tajaan MARA dijemput menghadiri perjumpaan & makan malam tersebut. Saudara/saudari juga diminta untuk hadir tepat pada masa yang ditetapkan. Mohon dipanjangkan makluman ini kepada pelajar-pelajar tajaan MARA yang lain di Edinburgh & Heriot Watt.

Sekian, harap maklum.


Mohd Syahidin Bin Mohd Arifin
Penolong Pengarah
b/p Pengarah
MARA United Kingdom

Jemputan dari Malaysian Students Community of Leeds