* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Friday 13 January 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul EMSA Family 2012/1433H

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah syukur kehadirat Allah swt kerana cuaca musim sejuk kali ini tidak seteruk tahun lepas & mengizinkan kita menjalani aktiviti-aktiviti harian. Saya dan AJK EMSA Family berbesar hati ingin menjemput seluruh warga muslimin dan muslimat Edinburgh untuk menghadiri Majlis Sambutan Maulidul Rasul EMSA Family. Maklumat lanjut seperti berikut;

Tarikh: 5 February 2012 (Ahad)
Tempat: Surau King Building University Edinburgh
Masa: 10.00am-4pm

Ceramah & Forum Perdana oleh Yang Berbahagia Ustaz Mushadad Hulaimi yang didatangkan khas daripada Negeri Sarawak.
Untuk tujuan tersebut, EMSA family akan membiayai perbelanjaan aktiviti ini hasil daripada sumbangan2 saudara saudari terdahulu. Jikalau ada sesiapa yang ingin membuat sumbangan, amatlah dialu2kan.
Aturcara bermula dengan proses mencucuk satay pada hari sebelum Majlis:

Tarikh: 4February 2012 (Sabtu)
Tempat:
Surau King Building University Edinburgh2.30pm-7.00pm - Gotong royong menyediakan juadah satay oleh golongan muslimin bapa2. Solat Asar, Margrib & Isyak berjemaah.

Proses mencucuk satay 500-1500 cucuk satay (anggaran). Diharap golongan bapa2 & under grad bujang bergotong royong & datang awal untuk memeriahkan suasana.

Untuk juadah sampingan (Nasi,minuman, kuih muih & sebagainya, tugasan ini akan dilakukan secara bergotong royong bersama2 & akan dimaklumkan kemudian hari.

Adalah diharapkan saudara/saudari dapat memaklumkan kepada saya & AJK jika tidak dapat menghadirkan diri bagi mengelakan pembaziran.
Surah Al-Anbiya':
[107] Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
Surah Al-Ahzaab:
[40] Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Sekian terima kasih

Zainuri Mohamed
Penghulu EMSA Family 2011/12

No comments:

Post a Comment