* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Sunday 11 March 2012

Warwick Malaysia Games 2012 - 17 Mac




Assalamualaikum datuk bendahara, datuk panglima, datuk temenggung, Jeneral, dan seangkatan dengannya. Maaf hamba tumpang lalu sebentar. Sekadar ingin menyampaikan pesanan dari Exco-sukan EMSA mengenai Warwick Games. Boleh pertimbangkan mana-mana kalau berkenan di hati. Menurut sahabat hamba, yuran pendaftaran akan ditampung oleh EMSA tetapi pengangkutan adalah tanggungan sendiri. Sekiranya ada yang berminat, boleh berhubung terus dengan Exco-sukan EMSA : Yu chyuan 07411526862. hamba ingin mengakhiri pesanan dinding ini dengan serangkap pantun, 

kajang pak malau kajang berlipat, 
kajang saya mengkuang layu,
selamat berjuang wahai sahabat, 
jangan gentar pada peluru....

selamat berjuang di medan paintball.... :) 

Wakil Undergarduate
Adik Nurhamimah Zainal Abidin

No comments:

Post a Comment