* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Tuesday 20 March 2012

AGM EMSA FAMILY 2012

Untuk makluman saudara saudari, EMSA family akan mengadakan mesyuarat agung tahunan kali ke-5. Pembubaran Parlimen Edinburgh ini adalah bagi membolehkan pemilihan pucuk pimpinan dan AJK yang baru dapat dijalankan. Semua warga EMSA family dan undergrad adalah dijemput untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih dan menentukan hala tuju EMSA family. Jadual tentatif adalah seperti berikut:

Tarikh: 7April 2012 (Sabtu)

Masa: 10.30am-3pm

Tempat: Surau King Building University of Edinburgh.

Aturcara:
1030am-11am - Pendahuluan/laporan aktiviti/sorotan.
11am-1230pm - Pembentangan belanjawan/penyata kira-kira EMSA family dan Sekolah Malaysia. Pemilihan/undian.
1230-2.15pm -  Solat Zohor berjemaah dan jamuan makan tengahari.
3.00pm - Bersurai

Menu makanan tengahari disediakan secara gotong royong dan akan dimaklumkan kelak.

Sekian terima kasih.

Zainuri Mohamed
Penghulu EMSA Family 2011/12

No comments:

Post a Comment