* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Thursday 3 June 2010

Lawatan SME ke Blair Drummond Safari & Adventure Park

Lawatan SME ke Blair Drummond Safari & Adventure Park

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera,

Untuk makluman warga EMSA Family, pihak Sekolah Malaysia Edinburgh (SME) akan mengadakan lawatan ke Blair Drummond Safari & Adventure Park, Stirling pada tarikh dan masa seperti dibawah:

Tarikh: 26 Jun 2010 (Sabtu)
Masa bertolak:8.45 pagi
Lawatan ini terbuka kepada semua warga Malaysia di Edinburgh
(Detail tentatif akan diberitahu kemudian)

Tujuan utama lawatan SME ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada anak-anak Malaysia di Edinburgh berkenaan dengan hidupan haiwan liar yang terdapat di safari park tersebut.Disamping itu lawatan ini diharapkan dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan warga EMSA Family.

Untuk tujuan tersebut, pihak SME bersetuju untuk menaja sebahagian besar tiket masuk untuk anak-anak warga EMSA Family. Harga tiket ke Safari Park adalah seperti berikut:

Dewasa:GBP 11.50
Pelajar(incl PhD- Matric Card Req): GBP 8.00
Kanak-kanak (>3-14):GBP 2.00
Kanak-kanak(<3):percuma

Sesiapa yang berminat, bolehlah mengirimkan nama beserta senarai ahli keluarga yang akan turut serta dalam lawatan itu nanti sebelum atau pada 19 Jun 2010. Untuk maklumat lanjut sila layari lawan web safari park berkenaan.

http://www.blairdrummond.com/index.php

Sekian, Terima Kasih

Zaki Annuar

No comments:

Post a Comment