* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Thursday 17 June 2010

Berkenan lawatan SME ke Blair Drummond Safari & Adventure Park

Asm wbt,

Bagi memberi ruang untuk turut bersama mengikuti lawatan bagi sebahagian warga EMSA Family yang akan memduduki peperiksaan di hujung Jun ini. Lawatan SME ke Blair Drummond Safari Park akan ditangguhkan kepada tarikh dan waktu dibawah:

Tarikh: 3 Julai 2010 (Sabtu)
Masa berkumpul: 9.00 Pagi
Tempat: Sekolah Malaysia (Liberton High School)

Disebabkan pihak EMSA Family tidak mendapat tawaran tiket masuk untuk berkumpulan, pendaftaran awal senarai ahli yang akan mengikuti lawatan adalah tidak perlu. Walaubagaimanapun pihak EMSA Family berharap supaya sesiapa yang ingin turut serta bolehlah memberitahu kepada mana-mana wakil emsa supaya kita dapat membuat perancangan untuk penyediaan makanan seperti untuk upacara BBQ dan sebagainya.

Harga tiket adalah seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Sekian

Zaki Annuar

No comments:

Post a Comment