* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Monday 16 May 2011

Amanat Penghulu Sesi 2011/12

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Asalamualaikum w.b.t,

Pertama kali saya mengambil peluang ini untuk menzahirkan setinggi-tinggi rasa syukur kehadrat Allah s.w.t, kerana dengan limpah dan izinNya, maka sekali lagi kita berpeluang untuk terus hidup di atas muka bumi Allah dan seterusnya menunaikan satu tanggungjawab besar sebagai Khalifah Allah dimuka bumi ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada seluruh warga EMSA Family kerana memberi kepercayaan & amanah bagi menyambung kepimpinan daripada Saudara Zaki. InsyAllah dengan amanah yang diberikan, kami memohon kerjasama saudara/saudari untuk sama-sama menyumbang tenaga, semangat & apa jua yang terdaya ($$) untuk memantapkan lagi aktiviti-aktivit bagi mengeratkan lagi silaturahim EMSA ini. Berikut adalah butiran AJK yang baru dilantik:

Naib Penghulu: Kamarul Ariffin/07411057633/ Kanr801@yahoo.com
Bendahari: Ustaz Sobri Saad/07424005729/ Mercero78@yahoo.com
AJK 1: Mohamad Isnizam Bin Mat Alif aka Nizam/07828058250/ Perantauan@gmail.com
AJK 2: Noraliza bt Abdullah aka Liza/07901071908/ Rahina_77@yahoo.com


Adalah menjadi harapan saya agar saudara/saudari dapat memberikan komen & pendapat kepada kami untuk merancang aktiviti EMSA yang akan datang. InsyaAllah mesyuarat pertama kami bakal menyusul tidak lama lagi.

Sekian, Terima Kasih
Zainuri Mohamed
07407221385
Mirfan317@yahoo.com

No comments:

Post a Comment