* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Saturday 4 September 2010

Salam Ramadhan dan Sambutan Eidulfitri 1431 EMSA Family

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Alhamdulillah, kita telah tiba ke penghujung Ramadhan dan semakin menghampiri bulan Syawal. Mudah-mudahan segala ibadah kita diterima oleh Allah dan yang lebih penting agar amalan ibadah kita juga berterusan untuk bulan-bulan yang lain.

Dengan waktu yang masih ada saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan yang masih belum membayar zakat fitrah agar segera melaksanakannya sebelum solat Eidulfitri di Hari Raya Pertama. Untuk sambutan Hari Raya Eidulfitri yang dijangka pada hari Khamis ataupun Jumaat depan, pihak EMSA Family ingin memaklumkan bahawa solat Hari Raya EMSA Family akan diadakan di Surau Kings Buildings pada pagi hari Raya pertama.

Butiran lanjut untuk Sambutan Hari Raya EMSA Family pada tahun ini adalah seperti berikut:

Sambutan Hari Raya Pertama Aidilfitri 1431 EMSA Family

Tarikh : ( 9/9/2101-Khamis @ 10 / 9 /2010-Jumaat)
Tempat: Surau Kings Buildings, University of Edinburgh

9.45-10.15 : Takbir Raya
10.20-11.00 : Sembahyang sunat Aidilfitri dan Khutbah Raya
10.05 : Sessi bergambar EMSA Family
11.10 : Ziarah ke rumah-rumah warga EMSA Family


Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431 EMSA Family dan Kelab UMNO Edinburgh

Tarikh : ( 18/9/2010- Sabtu)
Tempat: Chaplaincy Centre, Herriot Watt University
Masa : 11.30 pagi - 4.00 ptg

(Makluman lanjut berkenaan majlis ini akan dimaklumkan kemudian)

Dengan ini saya mewakili seluruh ahli kerja EMSA Family sesi2010-11 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga EMSA Family yang beragama Islam dan menyusun jari untuk memohon maaf zahir dan batin sekiranya terdapat silap dan salah.

Saya juga menjemput seluruh warga EMSA Family untuk turut sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya Pertama dan majlis jamuan sambutan bersama Hari Raya Aidilfitri yang akan dianjurkan oleh pihak EMSA Family dan KUE itu nanti.

Sekian

Zaki Annuar

No comments:

Post a Comment