Assalamualaikum wbt,
Ucapan tahniah buat semua anak-anak Sekolah Malaysia Edinburgh yg telah menunjukkan keyakinan dan keberanian yang tinggi untuk tampil ke hadapan pentas membaca ayat-ayat hafazan. Pada pertandingan hafazan 2012 yg sulung diadakan ini, Adik Maisarah telah menjuarai kategori anak-anak dewasa dan bagi kategori anak-anak kecil pula ke 6 peserta menjadi johan bersama. Berikut adalah kedudukan peserta dewasa selepas pemarkahan:
1)Adik Maisarah
2)Adik Husna
3)Adik Irfan
4)Adik Aqil
5)Adik Haifa
6)Adik Batrisya
Terima kasih buat guru-guru Sekolah Msia Edinburgh (CIkgu Nurul & Norsiah) dan para juri professional (Al-fadhil Ustaz Mushadad dan Ustaz Sobri) yang bertungkus lumus menjayakan majlis yang sederhana ini tetapi memang meriah dengan gelagat anak-anak. Tidak lupa juga kepada ibubapa yang hadir memeriahkan majlis dan memberi sokongan pada anak-anak. Alhamdulilah objektif pertandingan iaitu untuk membina keyakinan, keberanian diri untuk anak-anak tampil kehadapan hadirin yg ramai sudah tercapai.
Teruskan perjuangan dengan membimbing dan menghiasi anak-anak dengan doa-doa. Insyallah kita jumpa lagi tahun hadapan.
Terima kasih
Zainuri Mohamed
Pengetua Sekolah Malaysia Edinburgh
No comments:
Post a Comment