Assalamualaikum wbt,
Ucapan tahniah buat semua peserta Paintball EMSA family dan juga adik-adik undergrad yang menunjukan semangat juang yang tinggi. Pada kejohanan sulong Paintball EMSA family kali ini EMSA Family telah memenangi pertandingan ini 4-1 Undergrad. Semasa email ini ditulis, kesan tembakan dan sakit-sakit otot masih lagi terasa oleh peserta.
Walaubagaimanapun, tujuan utama aktiviti ini telah tercapai iaitu untuk mengikat silaturahim dikalangan EMSA family dan undergrad sambil mengumpul dana. Alhamdulilah, dana mencecah GBP90 telah dapat dikumpul dan akan disalurkan pada tabung EMSA family. Terima kasih buat ustaz Sobri,Panglima Nizam dan Amin Rukaini(undergrad) yang memulakan inisiatif dari awal hingga akhir kejohanan.
Insyallah kita jumpa tahun hadapan pula.
Terima kasih
ZaiNuri Mohamed
Penghulu EMSA Family 2011/12
No comments:
Post a Comment