Assalamualikum wbt.
Saya bagi pihak isteri ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih atas ucapan tahniah dan sebagainya atas kejayaan beliau memperolehi ijazah PhDnya. Kami mendoakan kejayaan anda semua di bumi Edinburgh ini.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa, budi dan bantuan saudara saudari sekalian yang banyak membantu kami dari kami mula2 dtg, belum berkahwin, sesudah berkahwin, yang join rombongan pergi bernikah, yang carikan juru nikah, yang gotong royong masak untuk kenduri kahwin, yang byk bagi nasihat dan panduan sehinggalah kepada hari packing barang masuk kontena nak balik Malaysia dah ni. Jasa kalian sekalian tidak akan dilupakan dan semoga Allah SWT akan membalasnya. InsyaAllah.
Penerbangan kami pulang ke Malaysia dijadualkan Isnin ini. Doakan agar semuanya selamat dan berjalan lancar. Doakan jugak kami selamat menjadi Mama&Papa tak lama lagi. Semoga kita akan dipertemukan lagi di tanah air tercinta.
Akhir sekali, kami ingin memohon maaf zahir batin atas segala salah silap, kekurangan, kekasaran bahasa dan sebagainya. Mintak halal jugak makan minum kami. yang buruk itu dtg dari kami, yang baik itu dtg Allah SWT.
Eby & Airianah
eBy's Blackberry
No comments:
Post a Comment