LAPORAN
SEKOLAH MALAYSIA EDINBURGH (SME) SESI 2011-2012
KEPADA:
Edinburgh
Malaysian Student Association (EMSA) Family
DISEDIAKAN
OLEH:
AJK
EMSA FAMILY (Edinburgh Malaysian Student Association-Family)
_________________________________________________________________________________
Sejarah Penubuhan Sekolah Malaysia
Edinburgh
Sekolah
Malaysia Edinburgh ditubuhkan sekitar tahun 2002/2003 oleh Saudari Ninie. (Ninie@yahoo.com) Ianya berikutan sambutan
yang menggalakan oleh anak-anak Malaysia yang hadir menjalankan aktiviti
pengajian Al-Quran disalah sebuah rumah Ustaz terdahulu pada setiap hujung
minggu. Beliau telah mendapatkan kebenaran daripada Edinburgh Local Council
untuk menggunakan kemudahan kelas di Liberton High School sehingga ke hari ini.
- Laporan
Aktiviti sesi 2011-2012
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada
sesi 2011-2012 antaranya:
1) Mengadakan sesi pengajaran Sekolah
Malaysia setiap minggu (rujuk modul pengajaran)
2) Lawatan sambil Belajar ke Safari
Park Almond Valley Livingston
3) Mengadakan pertandingan melukis/mewarna
di Almond Valley Livingston
4) Cultural Global week- Juniper
Green Primary School- Persembahan kebudayaan Malaysia
5) Pertandingan Hafazan
Bilangan guru :
Sepenuh masa : 2
orang
Bilangan murid :
Kelas
A (bawah 5 tahun) : 10 orang
Kelas
B (5-8 tahun) : 8 orang
Kelas
C (8 tahun ke atas) :
0 orang
Jumlah
keseluruhan : 18 orang
B.
Modul Pengajaran:
Kelas A
Memandangkan umur kanak-kanak yang masih
muda maka Kelas A lebih banyak menumpukan kepada pembelajaran sambil bermain.
Pembelajarannya meliputi :
a)
Pengenalan kepada huruf
hijaiyyah tunggal dan berbaris satu di atas.
b)
Pengenalan kepada huruf ABC dan
nombor
c)
Aktiviti kraf dan lukisan
d)
Nyanyian
Kelas B
Kelas B lebih menumpukan kepada aspek komunikasi
dalam Bahasa Melayu dan mendalami Pendidikan Islam. Sukatan pelajarannya
meliputi :
a)
Membaca, memahami dan membuat
aktiviti bertulis dalam Bahasa Melayu (
KSSR)
b)
Membaca buku Iqra’ 1-6 mengikut
tahap individu
c)
Mendalami ilmu Pendidikan Islam
(berdasarkan sukatan pelajaran KSSR)
Kelas C
(Bergantung kepada kehadiran)
Murid-murid lebih ditekankan kepada
tatabahasa Bahasa Melayu dan membetulkan bacaan al-Quran. Ia meliputi :
a)
Membuat karangan pendek
b)
Memahami tatabahasa seperti
simpulan bahasa, ungkapan, pantun dan sebagainya
c)
Membetulkan bacaan al-Quran
d)
Menghafaz surah-surah pendek
C.
Cadangan SME sesi
2011/2012
Aktiviti yang dirancang untuk tahun ini :
Selain daripada kelas mingguan yang
diadakan setiap hari Sabtu, kami pihak pengurusan Sekolah Malaysia telah
merancang beberapa aktiviti untuk tahun ini seperti :
a)
Lawatan sambil belajar sekitar Edinburgh
b)
Sukaneka
c)
Fotografi bersama rakan Sekolah
Malaysia
d)
Hari Anugerah Pelajar Cemerlang
Terdapat
beberapa aktiviti tambahan bagi SME bagi sesi ini diantaranya mengadakan Sukaneka bagi anak-anak murid Malaysia di
Edinburgh, sesi fotografi dan beberapa
siri lawatan sambil belajar.
Sesi
2012-2013
Jadual Waktu
Kelas A (Pra Sekolah)
Masa
|
Subjek
|
1030-1130 am
|
Mengenal huruf Abjad dan Hijaiah serta
kaedah Penulisan
|
1130-1200 pm
|
Mengenal nombor serta bentuk
|
1200-12.30 pm
|
Iqra”
|
Kelas B (Sekolah Rendah)
Minggu 1 dan 3
Masa
|
Subjek
|
1030-1130 am
|
Bahasa Melayu
|
1130-1200 pm
|
Pendidikan Islam
|
1200-12.30 pm
|
Bahasa Arab
|
Minggu 2 dan 4
Masa
|
Subjek
|
1030-1130 am
|
Bahasa Melayu
|
1130-1200 pm
|
Pendidikan Islam
|
1200-12.30 pm
|
Iqra”
|
Takwim
Bulan Jun – Bengkel Solat
Bulan Julai - Sukan Sekolah
Bulan Julai-Ogos – Cuti Sekolah
Bulan Julai –Ogos – Lawatan (sekiranya ada peruntukan)
Bulan Disember – Ujian
Bulan Februari – Sesi Fotografi
Bulan Mac – Hari Anugerah Pelajar
Buku Teks Bahasa Arab
1. Untuk mendapatkan soft copy buku teks bahasa arab untuk bahan rujukan anak-anak, ibu bapa bolehlah klik dan download link di bawah.
2. Setelah download, extract file bahasa arab.rar tersebut ke lokasi yang dikehendaki. Untuk extract, masukkan password berikut:
1. Untuk mendapatkan soft copy buku teks bahasa arab untuk bahan rujukan anak-anak, ibu bapa bolehlah klik dan download link di bawah.
PDF Buku Teks Bahasa Arab (dalam format .rar berpassword)
Password: emsafamily
3. Ibu bapa diminta untuk print soft copy tersebut untuk digunakan sebagai bahan rujukan anak-anak.
No comments:
Post a Comment