Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat warga emsa family sekalian,
Alhamdulillah sudah sampai penghujungnya perjalanan kami disini. Tanggungjawab yang dipikul sudah dipenuhi dan dimana ada mulanya ada juga pengakhirnya. Untuk pengetahuan semua, kami akan berangkat ke tanahair pagi esok dan dijangka tiba di Malaysia pagi Ahad.
Pengalaman bersama warga emsa family sekalian selama tiga setengah tahun disini penuh dengan kisah manis yang sungguhnya tidak akan dilupakan. Hidup di bumi asing ini memerlukan kerja sama kita semua dan alhamdulillah kita berjaya menjadi satu komuniti yang sangat bersepadu dan juga mengambil berat sesama kita.
Disini saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari keluarga saya disini di Edinburgh, membantu dan bersama dalam melayari perjuangan saya sekeluarga di Edinburgh ini. Segala jasa rakan-rakan emsa family amat saya hargai dan tidak terbalas. Saya harapkan terbaik untuk anda semua dan saya dengan rendah dirinya meminta diri untuk pulang ke tanah air. Di harap persahabatan dan ukhwah yang terjalin semasa kita disana dapat disambung semula di malaysia. Sekali lagi jutaan terima kasih saya ucapkan buat warga emsa family dari diri saya dan keluarga. Hingga ketemu lagi di tanah air.
Wassalam
Izhar, Nurul, Aisya dan Adlyna.
No comments:
Post a Comment