Alhamdulilah EMSA family telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah bagi program "Fiqh Traveller" yang julung kali diadakan dibumi Edinburgh ini. Insyallah program sulong ini diharap akan menjadi acara tahunan bagi semua muslimin & muslimat tidak mengira samada pelajar "undergrad" ataupun "postgrad".
"Fiqh Traveller" adalah program untuk menjawap segala persoalan hukum & ibadah khusus lebih2 lagi bagi kita yang berada diperantaun ini. Jika anda ada persoalan mengenai keraguan makanan, contohnya Kentang goreng Mcdonald, boleh dimakan atau tidak? E472, E476 kandungan gelatin dalam makanan dan ibadah khusus solat jamak & Qasar yang dibolehkan serta pelbagai soalan & keraguan...anda semua dijemput hadir.
Tarikh: 8 August 2011 (Sabtu)
Tempat: Surau King Building
Waktu: 9.30am- 5.00pm (4 sesi/slot)
Pengerusi Majlis: Ustaz Sobri & Ustaz Mushadad
Panel-panel pakar:
1) Ustaz Khairul Ariffin Mohd Munir
2)Ustaz Fakhruzaman Abdul Mutalib
3)Ustaz Mohd Abduh Abu Samah
4)Dr Mohd Dzulhamka Kamaludin
Makanan tengahari & minum petang akan disediakan
EMSA family diberi kepercayaan lagi untuk menyediakan juadah tengahari. Menu & tugasan akan saya maklumkan pada email yang akan datang.
Kepatuhan syariat dalam mencari sumber rezeki yang halal amat dititik beratkan bagi kita yang beragama Islam. Ini tidak dapat dinafikan berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w:
"Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam"
Zainuri
Penghulu EMSA Family 2011/12
No comments:
Post a Comment