Assalamualaikum wbt,
Bersempena kedatangan Syawal tidak lama lagi, EMSA family akan mengadakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri bersama2 seluruh warga muslimin & muslimat Malaysia. Berikut adalah butiran :-
Bersempena kedatangan Syawal tidak lama lagi, EMSA family akan mengadakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri bersama2 seluruh warga muslimin & muslimat Malaysia. Berikut adalah butiran :-
Tarikh : 30 Aug 2011
(Jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada tarikh tersebut)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Surau Kings's Building University of Edinburgh
Tempat Letak kereta: Diluar bangunan University
Selepas selesai sahaja solat sunat Hari raya Aidilfitri, kepada sesiapa yang ingin membawa juadah ringan Hari raya (ketupat, lemang,) boleh berbuat demikian secara "potluck". Saya dimaklumkan Abang Jamal & saudara Hafiz ada membuat jamuan ringan selepas solat sunat tersebut.
Pada Hari Raya Pertama & kedua, ketiga & seterusnya, kepada sesiapa ahli keluarga EMSA yang ingin mengadakan rumah terbuka diminta mengisi jadual rumah terbuka EMSA family bagi memudahkan perancangan pengunjung2 & juga tuan2 rumah membuat persiapan.
Seperti dilampiran(rujuk email emsa_family yahoogroup), saudara Marzuki menjemput semua warga EMSA-family ke rumah terbuka beliau pada Hari Raya Pertama yang dianjurkan bersama2 dengan Ustaz Sobri & Saudara Nazir.
Akhir kata saya & keluarga menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas salah & silap di bulan yang mulia ini.
"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin."
Zainuri
Penghulu EMSA FAmily 2011/12
No comments:
Post a Comment