Wednesday, 7 July 2010

Jadual Bulanan Solat dan Takwim 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, jadual solat setiap bulan di Central Mosque sekarang boleh didapati dan dimuat turun melalui laman web Emsa Family dibawah tab 'Prayer Times/ Taqwim'.

Bagi mereka yang ingin menziarahi rakan-rakan Malaysia yang baru tiba di Edinburgh, maklumat terkini berkenaan mereka boleh didapati di bawah tab 'info warga baru'. Dengan ini diharap warga EMSA dapat mengetahui sekiranya terdapat warga-warga baru yang tiba di Edinburgh.

Berkenaan dgn Takwim 2010, pihak AJK EMSA Family akan cuba untuk mengadakan aktiviti-aktiviti bersempena dengan hari kebesaran Islam. Takwim 2010 akan dijadikan sebagai 'guideline' utk aktiviti kita dan sebarang aktiviti yang dirancang akan dimaklumkan dengan lebih awal dibawah tab News & Events sebelum pengemuman tarikh sebenar aktiviti EMSA Family diadakan.

Diharap blog Komuniti Malaysia Edinburgh yang diusahakan oleh saudara Nazrin ini, sedikit sebanyak akan dapat membantu kita dan memudahkan pihak AJK EMSA Family berhubung atau menyampaikan maklumat kepada semua warga Malaysia di Edinburgh . Selain drpd itu diminta agar warga EMSA dapat menghebahkan blog EMSA Family ini kepada rakan-rakan Malaysia yang akan melanjutkan pelajaran di bumi Edinburgh ini.

Sekian

Zaki Annuar

No comments:

Post a Comment