Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah sempena kedatangan Ustaz Erfino Johari dari Malaysian Students Department (MSD) ke Glasgow pada Sabtu ini, pihak EMSA Family ingin mengambil kesempatan untuk mengadakan sesi ceramah umum yang akan disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz pada tarikh dan waktu seperti berikut:
Tarikh: 27 Jun 2010 (Ahad)
Masa :10.00 pagi -12.00 tgh hari
Tempat: Surau Kings Buildings (University of Edinburgh)
Disebabkan yg berbahagia Ustaz akan mengadakan ceramah di Glasgow pada pukul 2.00 ptg di hari yang sama , amatlah diharap agar warga EMSA dapat hadir di Surau Kings Buildings pada jam 9.45 pg agar program ceramah dapat dijalankan tepat jam 10.00 pg.
Insyaallah pihak AJK EMSA Family akan menyediakan jamuan ringan pada hari tersebut dan diharap agar warga emsa yang lain dapat membawa juadah secara 'potluck' bagi program tersebut.
Sekian
Zaki Annuar
No comments:
Post a Comment