Assamualaikum
Saudara/Saudari
Sukacita dimaklumkan bahawa Emsa-Family akan menganjurkan program Sepetang Bersama Ustaz Ammar Siddique Mohd Amin yang didatangkan khas dari MSD London. Tentatif program adalah seperti berikut:
Tarikh : 23 Jun 2012
Tempat : Surau King's Building
Masa : 2.30 - 5.30 petang
Program yang berbentuk santai ini bertujuan untuk mengumpulkan warga Emsa-Family dan pelajar-pelajar (post/undergrad) yang berada di Edinburgh untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan soal jawab agama serta hal-hal yang berkaitan.
Ustaz Ammar Siddique Mohd Amin, (dua dari kanan) merupakan Education Attache di MSD London
Di samping itu, pihak penganjur juga mengambil kesempatan ini untuk mengadakan majlis perpisahan khas untuk tiga keluarga yang akan berangkat pulang ke tanah air tidak lama lagi iaitu keluarga En. Jamal, En. Rosli dan En. Ahmad Hadinata.
Sehubungan dengan itu, semua warga Emsa-Family serta pelajar-pelajar yang berada di Edinburgh adalah dijemput hadir untuk menjayakan program tersebut.
Sekian, terima kasih.
Dikeluarkan oleh: Penghulu EMSA- Family