Saturday, 25 January 2014

Paintball 2014 Meriah

Sabtu, 25/01/2014, Edinburgh - Dengan kekuatan seramai hampir 20 orang terdiri daripada pelajar undergraduate, postgraduate, bujang-bujang, serta bapa-bapa yang masih mempunyai tenaga bujang, telah ber'perang' secara bertungkus lumus di Bedlam. Ada yang tertembak, ditembak dan menembak bertubi-tubi. Ada yang 'pancit' kepenatan dek lenguh bercangkung menunggu pasukan lawan keluar, ada yang sejuk menggeletar dek suhu di sekitar 0-5 degree celcius dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
Alhamdulillah tiada yang terkorban nyawa, tiada tercedera. Yang pasti, semangat berpasukan serta kesukanan, telah berjaya merapatkan lagu ukhuwah sesama ahli komunity yang terlibat. Moga-moga aktiviti seperti ini menjanjikan kenangan yang lebih manis di masa hadapan.

Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur, serta semua yang terlibat memberikan kerjasama. 



No comments:

Post a Comment