Tuesday, 1 November 2011

Solat Sunat Hari Raya Haji 1432H dan Majlis Suaikenal


Assalamualaikum wbt,

Bersempena kedatangan 10 Zulhijjah tidak lama lagi (dijangka 6Nov-Ahad) EMSA family akan mengadakan solat sunat Hari Raya Aidiladha bersama2 seluruh warga muslimin & muslimat Malaysia. Berikut adalah butiran :-


Tarikh
6 Nov 2011
(Jika Hari Raya Aidiladha jatuh pada tarikh tersebut)

Masa
10.30 pagi

Tempat
Surau King Building University of Edinburgh
Tempat Letak kereta: Percuma


Khutbah hari raya akan disampaikan oleh Al-Fadhlil Ustaz Sobri Saad & bilal oleh Ustaz Fakhruzaman.
Selepas selesai sahaja solat sunat Hari raya Aidilfitri, EMSA family akan mengadakan jamuan hari raya & menu & tugasannya akan dimaklumkan kelak. Pada hari tersebut juga EMSA family mengalu-alukan kedatangan keluarga baru di Edinburgh & kita akan mengadakan sesi suai kenal untuk semua 6 keluarga tersebut.

Kepada sesiapa yang belum & ingin melakukan ibadah korban...sila maklumkan kepada saya atau ustaz Sobri untuk urusan selanjutnya.
Sekian terima kasih.
Zainuri
Penghulu EMSA-F 2011/12

No comments:

Post a Comment