Assalamualaikum wbt,
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini pihak Sekolah Malaysia dan AJK EMSA Family ingin menjemput seluruh warga EMSA untuk menyertai program terakhir bagi pihak pengurusan EMSA Family sesi 2010/11. Makluman berkenaan lawatan dan Sukan Sekolah adalah seperti berikut;
Tarikh: 9 April 2011 (Sabtu)
Tempat berkumpul:
Liberton High School (Kereta - 8.30 pg)
Waveley Train Station (Kenderaan Awam - 8.30 pg)
Tempat Cadangan:
Padang Lapang St Andrews (Sukan Sekolah Malaysia dan perkelahan)
Aquarium St Andrews (Lawatan Sekolah)
Strawberry Picking Farm St Andrews ( Aktiviti riadah bersama)
Bagi urusan penyediaan makanan pihak AJK EMSA Family mencadangkan agar setap peserta rombongan membawa bersama potluck bagi setiap keluarga, walaubagaimanapun sekiranya terdapat permintaan ramai, aktiviti ber BBQ bersama-sama juga boleh dipertimbangkan.
Penyertaan ini dibuka kepada semua keluarga Malaysia di Edinburgh dan sekiranya pernyataan yang ramai kita juga boleh mengadakan pertandingan ala futsal bagi kaum lelaki/ bapa dan pertandingan ala sukan keluarga bagi kaum wanita/ibu. Pemenang akan menerima hamper makanan atau hadiah2 lain yang dirasakan sesuai.
Lawatan dan Sukan sekolah ini walaubagaimanapun tertakluk kepada faktor cuaca dan jumlah penyertaan warga EMSA Family.Bagi yang berminat sila hantar kan nama dan jumlah ahli keluarga kepada saya sebelum 3 April 2011.
Sekian
Zaki Annuar
No comments:
Post a Comment