▼
Sunday, 25 August 2013
Selamat Datang ke Bumi Edinburgh!
Assalamualaikum, selamat datang diucapkan kepada mereka yang bakal menyambung pelajaran di bumi Edinburgh bagi sesi tahun 2013 ini serta mendatang. Kami seluruh warga komuniti Malaysia di Edinburgh mengucapkan tahniah kerana telah berjaya menyambung ke peringkat yang lebih hebat di universiti yang hebat. Juga kami amat mengalu-alukan kedatangan semua.
InshaAllah, seluruh dari komuniti Malaysia Edinburgh berbesar hati menerimaa kedatangan anda semua dan akan cuba sedaya upaya memberi pertolongan, panduan dan bantuan yang semampunya. Semoga kedatangan anda di bumi bertuah ini bakal memeriahkan lagi suasana yang sedia ada.
Kami berbesar hati untuk mempelawa semua yang bakal tiba dan baru tiba untuk sama-sama saling memeriahkan segala program dan events yang dianjurkan oleh pihak AJK EMSA-Family dengan harapan komitment yang diberikan mampu meraih satu suasana yang pasti tidak akan dilupakan bagi sesiapa yang pernah menjejaki di bumi Edinburgh ini.
Anda boleh mengikuti perkembangan dan segala aktiviti kami di group FB (sila join):
https://www.facebook.com/groups/227661227256636/
Semoga kenangan yang bakal tercipta di Edinburgh ini membawa satu keindahan dan suasana kekeluargaan yang sukar untuk dilupakan.
