Assalamualaikum wbt,
InsyaAllah bagi mengisi ruang program Ilmiah EMSA Family bagi tahun ini, pihak AJK EMSA Family ingin menjemput seluruh warga EMSA Family khususnya dan seluruh warga Malaysia di sekitar Edinburgh dan Scotland untuk sama-sama menghadiri program ilmiah Islam yang akan disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz Zaharuddin.Bagi mereka yang masih belum mengenali bidang kepakaran Ustaz Zaharuddin, sila rujuk laman web beliau :http://www.zaharuddin.net/
Tentatif serta maklumat lanjut berkenaan program adalah seperti berikut:
Tarikh: 26 Feb 2011 (Sabtu)
Masa: 11.00 pg - 5.00 ptg
Tempat: Dewan Besar Liberton High School
Aturcara:
10.45-11.00- Ketibaan hadirin
11.00-12.45- Ceramah berkenaan Isu Kekeluargaan
12.45-01.00- Solat Zohor berjemaah
1.00 - 2.00- Jamuan Tengah hari
2.00 - 4.00- Ceramah berkenaan Isu Kewangan Islam
4.00 - 4.45- Soal Jawab
4.45 - 5.00- Solat Asar dan bersurai
Tentatif diatas adalah sebagai guideline, walaubagaimanapun jangka masa program adalah tertakluk kepada waktu sebenar sesi ceramah yang akan disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz nanti.
Sekian
Zaki Annuar
p/s:
1 )minta sampaikan juga kepada adik-adik undergraduate serta rakan-rakan lain disekitar Edinburgh.
2)minta jasa baik rakan-rakan di Edinburgh untuk sama-sama bergotong royong untuk jamuan tengah hari program tersebut, mudah-mudahan Allah akan memberkati segala usaha kita, InsyaAllah.
3) selain menghadirkan diri, diminta para peserta membawa bersama soalan-soalan yang hendak diajukan kepada Ustaz nanti.