Sunday, 16 May 2010

Majlis Tazkirah dan Blackhall Open day

Asm wbt


Insyaallah, bersempena dengan kunjungan jemaah dari Malaysia, majlis tazkirah ringkas akan diadakan di Surau King's Buildings pada hari Isnin ini (17 May) jam 6.00petang. Diharap ahli-ahli EMSA dapat hadir untuk kita solat berjemaah bersama-sama sebelum diadakan sesi tazkirah ringkas.

Berkenaan dengan Blackhall Open day yang telah dimaklumkan oleh saudara Faizi, pihak EMSA dengan sukacitanya menjemput penyertaan kepada sesiapa sahaja yang ingin membuka gerai pada hari tersebut. Berkenaan dengan yuran penyertaan,pihak EMSA akan cuba mengadakan perbincangan samaada untuk membiyai kos penyertaan stall daripada wakil Malaysia.

Sekian

Zaki Annuar

Tuesday, 11 May 2010

Kuliah Bulanan (Tajwid) Bermula Sabtu 15 Mei 2010

Asm wbt,

Untuk makluman semua,

Pengajian tajwid dewasa yang akan dikendalikan oleh Ustaz Fakhruzzaman akan diadakan pada Sabtu ini pada sesi waktu Sekolah Malaysia. Diharap kita dapat menghadirkan diri untuk memantapkan pembacaan Al-Quran kita.

Bagi memudahkan Ustaz mengendalikan program tajwid serta memudahkan ahli-ahli EMSA untuk menghadirinya, waktu pengajian tajwid dewasa akan ditetapkan iaitu pada hari Sabtu minggu pertama setiap bulan pada masa akan datang, melainkan terdapat perubahan yang akan dimaklumkan oleh Ustaz kemudian.

Sekian

Zaki Annuar

Tuesday, 4 May 2010

Makluman : Sesi Sekolah Malaysia

Salam,

Sesi baru Sekolah Malaysia akan bermula Sabtu depan, 8 Mei 2010.

Harap maklum, terima kasih

-Faten Ainun-